Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mesti ramai yang telah mengetahui tentang perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Singapura dimana pasukan kendalian K Rajagopal hanya mampu seri di Stadium Jalan Besar pada hari Sabtu yang lalu. Pasti ramai yang kecewa pada perlawanan lalu terutama dengan tindak tanduk pengadil yang memberikan sepakan percuma dalam kotak penalti. Walaubagaimanapun keputusan telah dimuktamadkan dan tidak boleh diubah. Namun pasukan Harimau Malaya masih mempunyai peluang untuk membalas dendam pada hari ini (12 Jun 2012).
Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada jam 8.30 malam dan akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801. Apapun diharap pemain Malaysia mampu untuk menebus kesilapan pada perlawanan lalu.
Tiket untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara skuad bolasepak Malaysia menentang Singapura akan mula di jual pada hari ini (12 Jun 2012) di Stadium Shah Alam mulai jam 10 pagi. Tiket dijual pada harga RM20 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Tiket juga boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.

Kredit Gambar :- MalaysiaSensasi
Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura 12.6.2012
Keputusan Penuh Malaysia vs Singapura 2-0 (1-0)
Separuh Masa Pertama
Gol Malaysia Shakir Ali minit 18
Perlawanan pada separuh masa pertama dikuasai oleh Malaysia. Kemasukan Shakir Ali sebagai kesebelasan utama menampakkan kesan pada perlawanan pada malam ini. Beliau yang mempunyai teknik permainan yang keras bijak berada di dalam kotak penalti. Terdapat beberapa peluang yang tidak dapat disempurnakan sehingga pada minit ke 18 apabila satu hantaran dari NorShahrul dapat disambung melalui tandukan tipis yang cantik oleh Shakir dan berjaya menumpaskan penjaga gol Singapura. Secara keseluruhan, pada separuh masa pertama, kemasukan Shakir Ali dan Azamuddin Akil dalam kesebelasan utama memberi dimensi baru terhadap corak serangan pasukan Malaysia yang lebih pantas dan agressif berbanding perlawanan sebelum ini. Cuma Norshahrul yang kadangkala sering terleka dan lambat bertindak.Bagi kawasan tengah, nampaknya Safiq Rahim sudah mendapat ruang untuk melakukan hantaran dan serangan berbisa ditambah dengan keyakinan K Gurusamy sebagai pemain tengah bertahan. Tapi pasukan pertahanan perlu lebih fokus kerana terdapat beberapa peluang merbahaya yang diperolehi oleh pemain Singapura terutama dari pemain berusia 41 tahun , Alexander Duric. Diharap pada separuh masa kedua, pasukan Harimau Malaya dapat meneruskan rentak permainan di separuh masa pertama ini.Separuh Masa Kedua
Gol Malaysia – Safiq Rahim minit 62Perlawanan pada separuh masa kedua, pasukan Malaysia semakin menyerang dan Safiq Rahim selaku pakar sepakan percuma menjaringkan gol. Selepas itu pemain yang memberi impak pada perlawanan ini, Shakir Ali dan Azamudin Akhil ditukarkan. Nampak agak kurang berkesan selepas kedua-dua pemain ini dikeluarkan. Pasukan Singapura cuba untuk mendapatkan gol namun pasukan mereka kekurangan seorang pemain Mustafic yang telah dikenakan kad merah kerana terjahan keras terhadap Norshahrul Idlan Talaha.
Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya memenangi perlawanan ini. Memang nampak penguasaan bagi pasukan kendalian Datuk K Rajagopal. Semoga peningkatan pada hari ini dapat diteruskan untuk perlawanan akan datang. Tahniah
Sekian


KAMI NAK MALAYSIA MENANG
HARIMAU AKAN MENGIGIT SINGA
Reply
LangkawiHomestay
Reply:
June 12th, 2012 at 20:40
gigit jgn x gigit..huhu
Reply