LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa – Malaysia vs Tajikistan

Sebentar tadi telah pun tamat perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang pasukan Tajikistan di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan ini penting untuk jurulatih, Tan Cheng Hoe menilai barisan pemain sekaligus untuk persediaan untuk kelayakan Piala Dunia menentang Thailand.

Perlawanan tersebut menyaksikan pemain senior negara berjaya menumpaskan pasukan yang berada di ranking 116 dunia manakala Malaysia menduduki ranking ke 158. Pastinya kemenangan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan ranking FIFA Malaysia.

Walaubagaimanapun kemenangan ini juga berpunca dari kesilapan penjaga gol lawan yang menampan bola di luar kotak penalti sekaligus mendapat kad merah. Meskipun kehilangan seorang pemain namun pasukan negara sukar untuk mengeksploitasi kekurangan tersebut. Untuk makluman, pada separuh masa pertama, jurulatih Tan Cheng Hoe tidak memasukkan pemain utama seperti Safawi Rasid, Brendan Gan, Farizal Marlias sebaliknya memberikan ruang kepada Baddrol Bakhtiar untuk bergandingan dengan Azam Azih dan Syameer Kutty. Percubaan itu nampak agak tidak menjadi dimana barisan tengah agak buntu melakukan serangan meskipun terdapat beberapa percubaan bahaya ke atas gol Tajikistan.

Pada separuh masa kedua dengan kemasukan Brendan Gan dan Safawi Rasid mengubah corak serangan pasukan negara. Hasilnya gerakan antara kedua pemain ini menghasilkan gol pada minit ke 72 melalui Safawi Rasid. Meskipun berjaya mengawal bahagian tengah selepas itu namun jaringan tidak mampu dihasilkan oleh barisan negara.

Selepas ini, mungkin ada post mortem perlu dilakukan oleh barisan kejurulatihan untuk menilai kembali para pemain yang patut digandingkan. Ligakampung.com mencadangkan agar gandingan tengah antara Brendan Gan / Azam Azih perlu digandingkan dengan Afiq Fazail. Ini mungkin memberi impak yang lebih baik. Baddrol agak sukar berada di bahagian tengah berbanding beraksi di sayap cuma peluang beliau untuk di posisi tersebut terbatas dengan prestasi Safawi Rasid ketika ini.

Di bahagian pertahana pula mungkin gandingan Sharul Saad dan Aidil perlu lebih banyak berkomunikasi bagi memantapkan lagi persefahaman. Masih banyak kesilapan yang merbahaya berlaku dalam perlawanan ini. Jika bertemu Thailand pasti ia lebih mencabar untuk ditangani nanti.

Apapun, tahniah kepada pemain negara yang mempamerkan aksi menarik serta berjaya menang ke atas Tajikistan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)