LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa – Malaysia lawan Hong Kong

Malam ini berlangsung perlawanan persahabatan antarabangsa bagi pasukan Malaysia. Perlawanan menentang pasukan Hong Kong diadakan di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam.
Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh telah melengkapkan senarai 23 pemain Malaysia bagi menghadapi perlawanan persahabatan kelas A itu. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi persiapan 2 perlawanan awal Kumpula A bagi Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Berikut merupakan senarai 23 pemain kebangsaan yang dipilih

Senarai 23 pemain skuad kebangsaan

PENJAGA GOL: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Khairul Azhan Khalid (Pahang), Farizal Marlias (JDT)
PERTAHANAN: Muslim Ahmad (PDRM), Afif Amiruddin (PDRM), Joseph Kalang Tie (Sarawak), Zubir Azmi (Terengganu), Fadhli Shas (JDT), Junior Eldstal (JDT), S Kunanlan (JDT), Mahalli Jasuli (JDT)
TENGAH: Yong Kuong Yong (Pulau Pinang), Nasir Basharuddin (Perak), Ahmad Syamim Yahya (FELDA), R Gopinathan (Pahang), Azammuddin Akil (Pahang), Safiq Rahim (JDT – kapten), Amri Yahyah (JDT)
PENYERANG: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), Afiq Azmi (Selangor), Indra Putra Mahayuddin (FELDA), Safee Sali (JDT), NazrinNawi (JDT).

Walaupun perlawanan persahabatan namun ia penting bagi mengelakkan ranking skuad negara terus tersungkur. Apatah lagi beraksi di gelanggang sendiri pastinya jurulatih dan para pemain ingin mendapatkan kemenangan bagi mengelakkan terus mendapat kritikan dari penyokong bolasepak tempatan.
Jurulatih Hong Kong dalam kenyataan, serius untuk memburu mata jadi sudah pasti mereka juga ingin menang dalam perlawanan pada malam ini.

Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa – Malaysia lawan Hong Kong

Malaysia-Vs-Hong-Kong-2015

Malaysia vs Hong Kong (0-0) 0-0

*** Perlawanan pada hari ini berkesudahan dengan tiada jaringan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Tiada siaran langsung menyebabkan saya tidak mampu memberikan ulasan terhadap prestasi pasukan negara.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa – Malaysia lawan Hong Kong

  1. nasibla seri. kalau kalah lagi, konpem kena cacian lagi sekali selepas skuad malaysia di sukan sea kena 5-1 masa lawan vietnam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)