LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Super , Liga Perdana 20.6.2014

Perlawanan Liga Perdana dan Liga Super hanya berbaki 2 perlawanan sahaja lagi. Bayang-bayang pasukan yang akan menjuarai kejohanan Liga Perdana dan Liga Super mungkin boleh diketahui pada minggu ini.
Pada hari ini terdapat 2 perlawanan Liga Super dan 6 perlawanan Liga Perdana yang berlangsung. Misi setiap pasukan pasti ingin mendapatkan mata penuh sebelum Liga Perdana dan Liga Super berakhir.

Berikut merupakan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana pada hari ini :

JDT vs Kelantan
Perlawanan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Larkin, Johor. Pasukan JDT pasti tidak mahu tewas kerana ia mungkin memberi peluang kepada pasukan Selangor untuk memintas. Namun Kelantan pasti tidak akan memberikan mata mudah kepada pasukan tuan rumah. Perlawanan pasti menjadi sengit bagi kedua-dua pasukan.
Ramalan : JDT 2 Kelantan 1

Terengganu vs ATM
Perlawanan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Pasukan Terengganu pasti ingin mendapat mata penuh bagi memperbaiki kedudukan. Tetapi skuad ATM sudah pasti tidak mahu kalah bagi mengelakkan mereka terus terjunam ke dasar Liga sekaligus akan berada di Liga Perdana pada tahun hadapan.
Ramalan : Terengganu 1 ATM 1

PBAPP vs Perlis
Perlawanan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Penang. Kedua-dua pasukan sudah sah akan turun ke Liga FAM pada tahun hadapan. Mungkin hanya sekadar untuk mengelak dari maruah tercalar sahaja.
Ramalan : PBAPP 1 Perlis 0

Felda vs UiTM
Perlawanan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Selayang, Kuala Lumpur. Pasukan Felda perlu mendapatkan mata penuh untuk menjarakkan kedudukan sekaligus mengiringi PDRM ke Liga Super musim depan namun ia bukan satu tugas mudah menentang UiTM.
Ramalan : Felda 2 UiTM 0

N.Sembilan vs PDRM
Perlawanan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pasukan N.Sembilan selaku tuan rumah pasti ingin cuba mengejutkan PDRM yang ingin menjuarai kejohanan Liga Perdana pada musim ini.
Ramalan : N.Sembilan 1 PDRM 3

Kedah vs Penang
Perlawanan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Darulaman, Kedah. Pasukan Kedah sudah tidak mampu untuk mengejar peluang ke Liga Perdana namun pasti ingin memalukan Penang yang sedang cuba mengejar slot ke Liga Super.
Ramalan : Kedah 2 Penang 1

SPA Putrajaya vs JDT II
Perlawanan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium di Temerloh, Pahang.Mungkin bukan perlawanan tumpuan tetapi pasti akan masing-masing mempunyai misi tersendiri.
Ramalan : SPA Putrajaya 0 JDT II 2

Sabah vs DRB Hicom
Perlawanan berlangsung pada jam 8.15 malam di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Juga bukan perlawanan tumpuan tetapi pasukan pasti mempunyai misi tersendiri.
Ramalan : Sabah 2 DRB Hicom 1

Keputusan Perlawanan Liga Super , Liga Perdana 20.6.2014

Liga Super

JDT vs Kelantan 3-0 (1-0)

26′ Amirul Hadi (JDT)
53′ Nazrin Nawi (JDT)
88′ Luciano Figueroa (JDT)
** Kemenangan JDT memberikan kelebihan mereka untuk berada 4 mata di atas Selangor…

Terengganu vs ATM 1-1(0-0)

59′ Norfarhan (TER)
63′ Fabrice Noel (ATM)

Liga Perdana
PBAPP vs Perlis 1-1(0-0)

Felda vs UiTM 8-0(2-0)

** Felda juga mengesahkan kedudukan di tempat kedua selepas pasukan di tempat ketiga, Pulau Pinang hanya seri di tempat lawan.

N.Sembilan vs PDRM 0-4(0-2)

** Kemenangan PDRM mengesahkan kejuaraan Liga Perdana 2014 untuk pasukan bimbingan Dollah Salleh

Kedah vs Penang 1-1 (0-0)

SPA Putrajaya vs JDT II (0-0)

Sabah vs DRB Hicom  1-0 (1-0)

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Perlawanan Liga Super , Liga Perdana 20.6.2014

  1. Well done. well done Bojan Hodak. Percaturan Bojan menggunakan Amirul Hadi dan Nazrin Nawi membuahkan hasil. Kedua-duanya bijak dgn larian tanpa bola dibelakang line pertahanan Kelantan yg sememangnya diakui slow sikit terutama pemain import dari Iraq yg tak capai standard M-League 😀
    Bagi kawe kalau Safiq Rahim on form, siap lah team lain…

Leave a Reply to Ismail N Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)