LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan Liga SUper 6 Julai 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Malam ini berlangsung perlawanan akhir bolasepak Liga Super 2013. Walaupun pemenangnya telah diketahui disandang oleh Lions XII tetapi tetap penting oleh beberapa pasukan bagi mendapatkan kedudukan yang lebih baik lagi.
Perlawanan tumpuan pastinya adalah antara Johor DT menentang Selangor yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos pada jam 8.45 malam. Ini kerana kedua-dua pasukan sedang mencari tangga kedua yang memberikan hadiah wang tunai yang lebih serta tiket layak ke Piala AFC 2014.


Perlawanan antara Felda Utd menentang N.Sembilan di Stadium MBPJ pada jam 8.45 malam mungkin tidak membawa makna kerana kedua-dua pasukan pasti ke Liga Perdana 2014 namun pasti mereka ingin menebus maruah dalam perlawanan terakhir. Perlawanan antara T-Team menentang Terengganu di Stadium SUltan Ismail Nasiruddin Shah pada jam 8.45 malam mungkin pertarungan yang hebat walaupun tidak memberi makna cuma Terengganu mampu memanjat tangga sekiranya menang dan pasukan diatas tumbang.

Perlawanan antara PKNS dan Pahang yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam masih penting bagi mereka. Perlawanan antara ATM menentang Perak berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada jam 8.45 malam pasti penting untuk ATM bagi memastikan mereka tidak dipintas pasukan bawah mereka. Perlawanan antara Kelantan menentang Lions XII yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.45 malam dan pastinya Kelantan ingin menumbangkan juara Liga Super 2013 itu.

Siaran langsung perlawanan Liga Super 6.7.2013

Perlawanan siaran langsung perlawanan Liga Super 6 Julai 2013 antara Johor DT menentang Selangor akan disiarkan oleh ASTRO Arena 801.

Keputusan perlawanan Liga Super 6.7.2013

Keputusan Penuh
Felda Utd lwn N.Sembilan 2-1 (1-0)
Felda Utd : 16′ Rudie Ramli
N.Sembilan : 52′ Eddy Helmi

Johor DT lwn Selangor 1-1(1-0)
Johor DT : 22′ Leonel Nunez
Selangor : 53′ Forkey Doe

T-Team lwn Terengganu 2-2 (1-1)
T-Team : 13′ Damir Ibric
Terengganu : 38′ Nasril
Terengganu : 51′ Fakrurazi
T-Team : 60′ Syamim

PKNS FC lwn Pahang 4-5 (1-3)
Pahang : 10′ Amirul Hadi
Pahang : 22′ R Gopinathan
PKNS : 34′ Ronaldinho
Pahang : 44′ Conti
Pahang : 49′ Faizol
Pahang : 54′ Alyy (gol sendiri)
PKNS : 70′ Ronaldinho
PKNS : 77′ Ronaldinho
PKNS : 90′ Ronaldinho

ATM lwn Perak 0-1 (0-0)
Perak : 79′ Paulo Rangel

Kelantan lwn Lions XII 2-0 (1-0)
Kelantan : 6′ Badri Radzi
Kelantan : 59′ Nwakaeme

** Tahniah Selangor dengan keputusan seri muncul naib juara Liga Super 2013 sekaligus layak sebagai wakil Malaysia untuk Piala AFC 2014

Sekian

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan perlawanan Liga SUper 6 Julai 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)