Keputusan Perlawanan Liga Super 3 Februari 2018 – JDT rangkul Piala Sumbangsih 2018

Perlawanan pembuka tirai Liga Super 2018 telah berlangsung pada 3 Februari 2018 melibatkan 4 perlawanan. Pasukan JDT merangkul piala pembukaan iaitu Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) 2018 selepas menumpaskan Kedah dengan keputusan 2-1.

Aksi permulaan yang baik ditampilkan oleh JDT menyaksikan mereka memungut tiga mata awal sekaligus menjulang piala di Stadium Tan Sri Hj Hasan Yunos, Larkin . Pasukan pelawat memulakan jaringan pada minit 14 melalui pemain import baharu Pablo Pallares selepas penjaga gol JDT Izham Tarmizi gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.

Namun JDT menemui sentuhan gol pertama melalui penyerang import berpengalaman, Luciano Figueroa pada minit ke 29. Pada separuh masa kedua, Marcos Antonio menjadi wira apabila menanduk masuk bola ke gawang pada minit ke 58. Keputusan kekal sehingga tamat masa penuh dan menyaksikan pasukan JDT menjulang Piala Sumbangsih itu.

Keputusan Penuh Liga Super 3 Februari 2018

JDT vs Kedah 2-1

Pallares (KED) minit 14

Figueroa(JDT) minit 28

Antonio (JDT) minit 58

Melaka Utd vs Kelantan 2-1

Bruno(KEL) minit 2

Zubovich(MEL) minit 12

Jae Woon (MEL) minit 31 -pen

Terengganu vs PKNS 2-2

Tchetche(TRG) minit 36

Qayyum (PKNS) minit 39

Ramazotti (PKNS) minit 68

Tchetche(TRG) minit 73

PKNP vs Negeri Sembilan 1-0

Sokpheng (PKNP) minit 50

Fakta Menarik Liga Super 3 Februari 2018

– Dari 4 perlawanan, 3 perlawanan dimenangi oleh tuan rumah. Hanya satu pasukan tuan rumah berkongsi mata dengan pasukan pelawat

– 11 Gol dihasilkan pada perlawanan pertama Liga Super dimana 10 gol dihasilkan pemain import dan hanya satu gol dihasilkan pemain tempatan.

– Gol pertama Liga Super 2018 dihasilkan oleh Bruno dari Kelantan pada minit ke 2 ketika menentang Melaka.

– Setiap perlawanan disiarkan secara langsung secara talian melalui iflix tapi masih ada isu-isu berbangkit.

–¬† Tiada perlawanan secara langsung di kaca televisyen bagi perlawanan merebut Piala Sumbangsih 2018 pada tahun ini. Berbeza dari sebelumnya yang diadakan secara langsung di kaca tv.

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Liga Super 3 Februari 2018 – JDT rangkul Piala Sumbangsih 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives