LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan Liga Super 27 Mei 2013 – Lions XII vs PKNS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini ada satu perlawanan bolasepak Liga Super antara Lions XII menentang PKNS FC. Perlawanan ini diadakan kerana perlawanan yang dijadualkan pada 25 Mei 2013 ditangguhkan kerana skuad Singapura mengadakan perlawanan persahabatan menentang Atletico Madrid pada hari tersebut. Pasti pasukan Lions XII ingin mendapatkan mata penuh bagi memastikan kedudukan mereka semakin selesa di carta liga manakala pasukan PKNS pasti ingin mendapatkan sekurang-kurangnya 1 mata berharga.
Perlawanan ini berlangsung pada jam 7.45 malam di Stadium Jalan Besar, Singapura.


lionsxii-vs-pkns

Siaran langsung perlawanan bolasepak Liga Super 27 Mei 2013 – Lions XII vs PKNS FC

Perlawanan ini disiarkan secara langsung di ASTRO Arena jam 7.45 malam.

Keputusan perlawanan Liga Super 27.5.2013 – Lions XII vs PKNS FC

Lions XII vs PKNS FC 3-1 (0-0)
Kesebelasan Utama Lions XII : Izwan (GK), Isa, Baihakki, Hafiz, Safuwan, Gabriel, Faritz, Fazrul, Hariss, Shahril, Faris
Kesebelasan Utama PKNS : Remezey, Roman Chmelo, Khairul, Alyy Imran, Fauzan, Gunalan, Nor Hakim, Azlan, Helmi, Wleh, Nazmi
Lions minit 54 : Harris Harun
Lions minit 59 : Nazrul Nazari
Lions minit 90 : Khairul Nizam
PKNS minit 90 +1 : Ronaldinho

** Tahniah kepada pasukan Lions XII yang berjaya menumbangkan pasukan PKNS bimbingan jurulatih Abdul Rahman Ibrahim. Nampaknya piala Liga Super tahun ini semakin hampir untuk dibawa ke negara jiran.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Keputusan perlawanan Liga Super 27 Mei 2013 – Lions XII vs PKNS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)