LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Super 27.9.2017

Hari ini berlangsung perlawanan Liga Super yang kini berbaki dua perlawanan. Perlawanan hari ini penting kerana ia boleh menentukan pasukan yang akan turun ke Liga Premier dan pasukan yang mampu berada di tangga kedua dibelakang pemenang Liga Super empat kali berturut-turut, JDT.

Pasukan Sarawak melakukan kejutan apabila menumpaskan pasukan Kedah di gelanggang sendiri dengan keputusan 4-2. Kedah mendahului dengan jaringan Ken Ilso pada minit ke 23 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke 45. Seakan gol tersebut memberikan kelebihan kepada Kedah namun pasukan Sarawak bangkit pada separuh masa kedua.
Pemanin tempatan, Shamie Iszuan menyudahkan peluang menjaringkan gol pada minit ke 53 sebelum penyerang import berbisa Sarawak Mateo Roskam menghukum pelawat pada minit ke 60 menerusi sepakan penalti.
Selang tiga minit , Mateo Roskam meledak gol kedua bagi memberikan kelebihan pada pasukan Bujang Senang. Kedah cuba untuk bangkit namun harapan semakin pudar selepas Baddrol Bakhtiar dilayangkan kad merah pada minit ke 75.
Kelebihan itu pantas disambar oleh Sarawak apabila Mohd Hairol Mokhtar melakukan tandukan pada minit ke 76 bagi memberikan kemenangan serta 3 mata penuh bagi Sarawak. Ia sekaligus menghidupkan sisa peluang untuk terus mencabar kedudukan pasukan lain bagi terus berada di Liga Super.

Pasukan Melaka yang melayan kunjungan Selangor pula menginginkan tiga mata penuh di Stadium Hang Jebat. Jasmin Mecinovic memberikan gol awal melalui tandukan pada minit ke 5 hasil sepakan sudut.
Penyerang import Melaka, Marko Simic pula menyudahkan satu peluang selepas perangkap offside pasukan Selangor gagal pada minit ke 42. Pada separuh masa kedua Selangor semakin garang dan jaringan Rufino Segovia pada minit ke 57 membuka ruang untuk Selangor memungut mata. Walaupun diasak, pasukan Melaka ampuh bertahan dan berjaya mempertahankan gawang sekaliguse memungut tiga mata penuh.

Rufino Segovia, pemain import Selangor

Perak pula bertemu Penang di Stadium Ipoh. Penang yang semakin hampir turun ke Liga Premier pula ingin memungut mata-mata akhir. Nizad Ayub memberikan gol pertama Perak pada minit ke 25. Ia merupakan gol tunggal perlawanan sekaligus menyaksikan Perak memungut tiga mata penuh.

Perlawanan antara Kelantan menentang PKNS pula amat penting bagi kedua-dua pasukan agar tidak tercicir mata. Ia bagi mengelakkan terjerumus ke Liga Premiere pada tahun hadapan. Perlawanan antara Kelantan menentang PKNS menyaksikan kedua-dua pasukan buntu untuk mendapatkan gol sekaligus berkongsi satu mata.

Perlawanan antara T-Team menentang Pahang amat penting bagi kedua-dua pasukan. Pasukan Pahang menginginkan tiga mata penuh bagi mencerahkan peluang menduduki tangga kedua Liga Super manakala T-Team cuba untuk mengelakkan ke Liga Premier 2018. Dalam perlawanan ini, gol pada minit ke 79 oleh Matheus Alves memberikan tiga mata penuh sekaligus mengesahkan Pahang selaku naib juara Liga Super 2017 manakala T-Team berada dalam zon penyingkiran.

Keputusan Penuh Liga Super 27.9.2017

Sarawak vs Kedah 4-2

Melaka vs Selangor 2-1

Kelantan vs PKNS 0-0

Perak vs Penang 1-0

T-Team vs Pahang 0-1

Carta Liga Super 27.9.2017

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)