LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan Liga Super 25 Jun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya perlawanan Liga Super musim 2013 hampir sampai ke penghujungnya dengan baki 3 perlawanan lagi. Pasukan Lions XII masih mendahului carta dengan 4 mata dan pasti mereka akan cuba mendapatkan 3 mata penuh bagi memastikan piala Liga Super mampu dibawa ke seberang.

Pada malam ini kesemua 6 perlawanan Liga Super dilangsungkan. Perlawanan antara T-Team menentang N.Sembilan berlangsung di Std Sultan Ismail pada jam 8.45 malam. Pasti T-Team ingin menang perlawanan pertama di waktu malam di gelanggang sendiri namun pasti N.Sembilan tidak mahu membuang mata lagi bagi mengelakkan terus terperosok di tangga ke bawah.
Perlawanan antara pasukan adik dan abang iaitu PKNS menentang Selangor berlangsung di Stadium Shah Alam. Walaupun mempunyai kaitan namun pasti tiada perlawanan belas kasihan antara satu sama lain. Pasti kemenangan yang dicari oleh kedua-kedua pasukan.

| DAPATKAN JERSI BOLASEPAK LIGA SUPER ONLINE |

Perlawanan antara ATM menentang Terengganu berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi jam 8.45 malam ini pasti menjanjikan saingan sengit. Kedua-dua pasukan pasti ingin bangkit selepas aksi mengecewakan pada perlawanan lalu.
Perlawanan Kelantan menentang Pahang yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.45 malam akan menjanjikan saingan menarik. Kelantan yang berada dalam prestasi terbaik pasti ingin meneruskan rentak kecemerlangan manakala pasukan Pahang tidak mahu terus dirundung duka.
Pasukan Johor DT menentang Felda berlangsung di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin jam 8.45 malam merupakan perlawanan yang mungkin memberi kelebihan kepada pasukan Harimau Selatan ini. Namun Felda pasti tidak mahu terus dijadikan bahan ratahan pasukan lawan.
Perak pula mempunyai tugas berat untuk menidakkan mata kepada pasukan tangga teratas, Lions XII di Stadium Lumut pada jam 8.45 malam. Tidak mustahil bagi Perak memandangkan mereka berjaya menumbangkan Pahang di tempat lawan pada perlawanan lalu tapi pasti pasukan Lions XII adalah pasukan yang lebih berdisplin.

Siaran langsung perlawanan bolasepak Liga Super 25.6.2013

Perlawanan bolasepak antara Kelantan menentang Pahang disiarkan secara langsung pada jam 8.45 malam oleh ASTRO Arena 801.
kelantan pahang
image hosting tinypics

Manakala RTM 1 menyiarkan perlawanan antara ATM menentang Terengganu pada jam 8.45 malam.

Keputusan penuh Liga Super 25.6.2013

Keputusan Semasa

T-Team vs N.Sembilan 1-1 (0-1)
N.Sembilan : 28′ Shahruain
T-Team : 75′ Damir Ibric
T-Team : 85′ Boateng

PKNS vs Selangor 2-1 (1-0)
PKNS : 14′ Nizad Ayub
Selangor : 62′ Raimi Md Noor
Selangor : 70′ Raimi Md Noor

ATM vs Terengganu 1-1 (0-0)
ATM : 65′ Christie Jayaseelan
Terengganu : 79′ Faderin Kadir

Kelantan vs Pahang 2-0(1-0)
Kelantan : 45 +2 Badri Radzi
Kelantan : 56 Zamri Ramli

Johor DT vs Felda 1-1 (0-0)
JDT : 64 Haidin Azman
Felda : 82 Rudie Ramli

Perak vs Lions XII 1-1 (0-0)
Perak : 59′ Paul Rangel
Lions XII : Safiq Ghani

** Keputusan pada malam ini menandakan bahawa pasukan N.Sembilan sah akan turun ke Liga Perdana. Pasukan Lions XII pula masih berada di tangga teratas carta dengan kelebihan 4 mata berbaki 2 perlawanan.

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan perlawanan Liga Super 25 Jun 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)