Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Super 25.4.2015

Selepas pasukan Perak membenam pasukan JDT pada hari semalam, hari ini berlangsung 5 perlawanan Liga Super. Perlawanan yang pastinya menarik perhatian para penyokong bolasepak tempatan untuk melihat pasukan masing-masing.
Perlawanan kesembilan bagi kebanyakan pasukan dimana carta Liga mampu bertukar pada hari ini.

Perlawanan antara Lions XII menentang Sarawak yang berlangsung di Stadium Jalan Besar dimenangi oleh pasukan tuan rumah. Pasukan Lions XII berjaya mendapatkan gol melalui Khairul Nizam pada minit ke 59. Ia sekaligus memberikan 3 mata berharga bagi pasukan dari seberang ini.

Perlawanan antara 2 pasukan terbawah iaitu ATM menentang Sime Darby pula berkesudahan dengan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata. Gol pasukan ATM dijaringkan oleh pemain import J. Palacios pada minit ke 30 manakala Sime Darby berjaya mengikat pada minit ke 45 melalui N.Vidakovic.

Pasukan PDRM pula berjaya menumpaskan skuad Terengganu dengan keputusan 3-1. Gol pasukan PDRM dijaringkan oleh Shahruan pada minit ke 8, D. Traore pada minit ke 17 dan Ali Ashfaq pada minit ke 21. Pasukan Terengganu menjaringkan gol pada minit terakhir melalui Issey.

Pasukan Felda pula tumpas di gelanggang sendiri kepada Pahang melalui jaringan tunggal pemain import sensasi, Dickson Nwakaeme pada minit ke 52.

Pasukan Kelantan pula berjaya menumpaskan pendahulu Liga Super 2015, Selangor di gelanggang sendiri dengan keputusan 2-1. Gol pasukan Kelantan dijaringkan oleh Gilmar pada minit ke 5 sebelum Nazmi Faiz menyamakan kedudukan pada minit ke 11. Penyerang Kelantan, Norfarhan yang dimasukkan selaku pemain gantinan menjadi penyelamat skuad The Red Warrior selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 73.

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 25.4.2015

Kelantan vs Selangor (1-1) 2-1
5′ Gilmar (KEL)
11′ Nazmi (SEL)
73′ Norfarhan (KEL)

Felda vs Pahang (0-0) 0-1
56′ Dickson Nwaekaeme (PAH)

PDRM vs Terengganu (3-0) 3-1
8′ Shahruain (PDRM)
17′ D.Traore (PDRM)
21′ Ali Ashfaq (PDRM)
90′ Issey (TRG)

ATM vs Sime Darby (1-1) 1-1
30′ J. Palacios (ATM)
45′ +2′ N. Vidakovic (SD)

Lions XII vs Sarawak (0-0) 1-0
59′ Khairul Nizam (LNS)

Carta Terkini Liga Super sehingga 25.4.2015

carta-liga-super

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan Perlawanan Liga Super 25.4.2015

  1. Syok tengok game kelantan vs selangor… tapi ada tegang sikit… afiq kalau boleh bertenang ok.. biasalah gaduh mulut…

  2. rumors cakap bojan hodak diREHATkan…kat malaysia jek ada istilah direhatkan..kalo EPL tue…terus pecat jek… 😀

    Pengganti dgrnya org cakap ex coach b.dortmund…wah kalo dapat tue mmg hebat aa…cuma hasilnya tak pasti mcm mana sebab dulu mana jiminez pon coach ex valencia last2 tak serasi gak…

    1. @si bongkok, dengarnya camtu la.. tengok saja camne.. rasanya bojan dah buat terbaik tapi skuad lain pun semakin handal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)