LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Super 2.5.2015

Hari ini berlangsung perlawanan ke 10 bagi pasukan Liga Super (kecuali Perak dan Pahang perlawanan ke 9). Pasukan PDRM mendahului carta dengan 18 mata, lebih 1 mata dari tempat kedua iaitu Selangor dan Felda.
Sebarang keciciran mata memungkinkan berlakunya perubahan di puncak Liga Super 2015 ini. Ketika mana, 2 pasukan terbawah mungkin tidak berubah, carta di pertengahan liga juga mampu berubah berdasarkan pertarungan malam ini.

Perlawanan antara pasukan Sarawak menentang Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pasti menjanjikan saingan hebat. Pasukan tuan rumah hanya dipisahkan dengan 1 mata dengan pasukan Kelantan di tangga ketiga dari bawah. Pastinya kedua-dua pasukan ingin mencapai kemenangan agar mengelak terus terjerumus di dasar liga.
Pasukan Sarawak pasti ingin bangkit selepas tewas di tangan Lions XII di Stadium Jalan Besar pada minggu lalu manakala Kelantan pasti semakin bersemangat dengan kebangkitan penyerang import yang meledak gol pada perlawanan tempohari menentang Selangor.

Pasukan berstatus kelab, ATM pula akan menentang PDRM di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi. Atas kertas, skuad PDRM nampak lebih baik berdasarkan prestasi semasa namun ATM mampu melakukan kejutan. Walaupun ada sedikit kontroversi apabila jurulatih B.Sathianathan di rehatkan namun ATM mempunyai barisan pemain berpengalaman untuk memastikan mata penuh dapat dikutip di gelanggang sendiri.

Perlawanan jiran bagi kedua-dua pasukan pantai timur iaitu Pahang akan menentang Terengganu di Stadium Darulmakmur, Pahang. Pahang yang baru sahaja berpesta gol menumpaskan kelab dari Myanmar, Yadanarbon pada perlawanan AFC pasti ingin meneruskan rentak kecemerlangan.
Namun pasukan Terengganu tidak mahu ditumpaskan dan akan berusaha untuk mendapatkan 3 mata berharga tersebut.

Perlawanan antara Selangor menentang Perak di Stadium Shah Alam, Selangor pasti dinantikan kedua-dua penyokong pasukan. Pasukan Selangor yang tumpas pada Kelantan tempohari pasti ingin melupakan kekalahan tersebut dan cuba mendapatkan 3 mata berharga di gelanggang keramat mereka.

Pasukan Sime Darby pula akan menentang skuad Lions XII di Stadium Selayang Selangor. Kedua-dua pasukan yang tidak konsisten pasti ingin mendapatkan mata penuh untuk menaikkan kembali semangat untuk terus mara ke carta Liga Super.

Perlawanan antara JDT menentang Felda dijangkakan berlangsung esok iaitu 3 Mei 2015.

Siaran langsung perlawanan Liga Super dijangkakan disiarkan oleh TV3 bagi perlawanan Sarawak menentang Kelantan manakala perlawanan Selangor menentang Perak akan disiarkan di TV9. Sebarang perubahan tertakluk kepada rangkaian televisyen terbabit.

Keputusan Perlawanan Liga Super 2 Mei 2015 dan 3 Mei 2015

JDT vs Felda ( 1-0 ) 1-0

45′ Patricio Rodríguez (JDT)

Sime Darby FC vs Lions XII (1-0) 1-2

24′ Fahrul Razi (SD)

54′ Firdaus (LNS)

66′ Gabriel (LNS)

ATM vs PDRM (0-1) 3-1

12′ Afif Amirudin (PDRM)

56′ Hairudin Omar (ATM)

Sarawak vs Kelantan (2-1) 3-2

12′ Ryan Griffin(SAR)

16′ Erwin Carillo (KEL)

21′ Billy Mehmet (SAR)

65′ Joseph Kalang Tie( SAR)

84′ Wan zaharulnizam (KEL)

Selangor vs Perak (1-0) 1-2

18′ Guilermo De Paulo(SEL)

48′ wong (PRK)

61′  Nurizuan (PRK)

Pahang vs Terengganu ( 1-1 )  3-2

22′  Paulo Rangel (TRG)

26′ Zesh Rahman (PAH)

45′ Zesh Rahman (PAH)

56′ Matias Conti (PAH)

80′ Paolo Rangel(TRG)

** Banyak keputusan mengejutkan dan sensasi pada perlawanan malam ini..

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Liga Super 2.5.2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)