LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Super 19 Ogos 2015

Hari ini berlangsung perlawanan Lgia Super yang ke 21. Hanya perbezaan jaringan gol memisahkan antara tempat pertama dan kedua. Kedua-dua pasukan iaitu Pahang dan JDT pasti perlu memanfaatkan kedua-dua perlawanan terakhir bagi memastikan kejuaraan berjaya dijulang.
Pasukan Pahang berkelebihan jaringan akan bertemu skuad Felda United pada hari ini. Kelebihan beraksi di Stadium Darul Makmur pasti akan dimanfaatkan oleh pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan. Namun pasukan Felda yang dilatih oleh jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti pasti tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada pasukan Tok Gajah.
FELDA pasti ingin mencapai 3 mata penuh bagi memperbaiki kedudukan. Berdasarkan pertemuan 11 kali sejak tahun 2010, FELDA hanya mampu memenangi 3 kali dan 2 kali seri sahaja. Namun malam ini pastinya akan berbeza aksi kedua-dua pasukan yang mahu beraksi baik.

Bagi pasukan ditangga kedua iaitu Johor Darul Takzim pula mempunyai misi untuk mengekalkan trofi Liga Super yang dimenangi pada tahun lalu. Malam ini skuad Harimau Selatan itu akan melayani pasukan Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Pasukan JDT yang tumpas mengejut di tangan Kelantan pada perlawanan Sabtu lalu pasti tidak mahu keciciran mata lagi.

Skuad JDT yang kebal di laman sendiri apabila tidak pernah tewas dalam saingan Liga Super di Larkin sejak 7 April 2012. Namun ia bukan petanda bahawa pasukan JDT perlu mengambil mudah cabaran Perak. Walaupun skuad Perak terumbang ambing namun mereka tetap mampu melakukan kejutan. Pengendali JDT, Mario Gomez telah mempersiapkan pemain agar bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi perlawanan malam ini.

Pasukan tangga ketiga, Selangor pula akan melayani skuad Kelantan di Stadium Shah Alam. Hanya kemenangan yang diharapkan agar kedudukan pasukan Mehmet Durakovic ini tidak mampu dipintas oleh pasukan tangga keempat hingga keenam yang dipisahkan dengan satu dan tiga mata sahaja. Namun pasukan Selangor perlu berhadapan dengan skuad Kelantan yang semakin menyerlah. Apatah lagi selepas menumbangkan JDT, pastinya barisan skuad bimbingan Zahasmi Ismail cukup bersemangat untuk mendapat seberapa banyak mata sebelum Liga Super 2015 menutup tirai.

Pasukan Terengganu yang ingin merebut tempat ketiga pula perlu menumbangkan skuad PDRM pada malam ini. Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pasti memberikan kelebihan pada skuad pantai timur ini namun skuad PDRM juga menginginkan kemenangan dan merapati pasukan di tempat ketiga, Selangor.

Pasukan Sarawak pula akan bersedia menghadapi Lions XII di Stadium Sarawak. Pasukan Sarawak yang agak terumbang ambing ini pasti ingin mengelakkan diri dari tersingkir ke Liga Perdana seterusnya mendapatkan momentum untuk Piala Malaysia 2015. Lawan yang bakal ditentang adalah juara Piala FA 2015, Lions XII yang semakin mendapat rentak pada perlawanan terakhir ini.

Perlawanan antara Sime Darby menentang ATM pula lebih kepada menjaga maruah. Kedua-dua pasukan yang hampir pasti akan ke Liga Perdana perlu bermain untuk menjaga maruah. Sime Darby masih mencari kemenangan pertama dan ATM perlu mendapatkan kembali semangat pasukan ini.

Keputusan Perlawanan Liga Super 19.8.2015

Pahang vs Felda (0-0) 2-2

49′ Nwakaeme (PAH)

61′ Augusto (FELDA)

69′ Augusto (FELDA)

78′ Damion Stewart (PAH)

JDT vs Perak (1-0) 4-1

44′ Luciano Figueroa (JDT)

47′ Nazrin Nawi (JDT)

60′ Thiago (PER)

66′ S Chanturu (JDT)

71′ Safiq Rahim (JDT)

luciano-figueroa
Jaringan gol dari Luciano Figueroa

Selangor vs kelantan (1-0) 3-0

23′ Hazwan Bakri (SEL)

48′ De Paula (SEL)

63′ De Paula (SEL)

Terengganu vs PDRM (0-0) 1-0

81′ Issey Nakajima (TER)

Sarawak vs Lions XII (2-0) 2-1

22′  Nyema Patrick Gerhardt (SAR)

38′ Billy Mehmet (SAR)

76′ Khairul Amri (LNS)

Sime Darby vs ATM (0-0) 1-0

65′ Nemanja Vidakovic (SD)

Carta Terkini Liga SUPER 2015 selepas 21 perlawanan

carta-liga-21

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Perlawanan Liga Super 19 Ogos 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)