Keputusan Perlawanan Liga Super 17 Mei 2014

Perlawanan Liga Super memasuki perlawanan ke 16 pada hari ini. Pasukan Selangor nampaknya masih mengungguli takhta dan tidak mampu dicabar oleh mana-mana pasukan walaupun tumpas hari ini.
Namun segalanya boleh berlaku, tiada apa yang mustahil dalam perlawanan bolasepak. Hari ini berlangsung 4 perlawanan Liga Super setelah 2 keputusan diketahui pada hari semalam membabitkan JDT menentang Pahang dan Sarawak menentang PKNS.

Perlawanan hari ini adalah seperti berikut :-

Terengganu vs Lions XII
Perlawanan antara pasukan Terengganu menentang Lions XII di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini. Pasti perlawanan hebat apabila Terengganu sedang cuba untuk mengejar kelompok teratas manakala Lions XII selaku juara bertahan ingin bangkit setelah berlaku kemerosotan pada musim ini.

Ramalan : Terengganu 2 Lions XII 1

Selangor vs Sime Darby
Perlawanan antara Selangor menentang Sime Darby yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Pasukan Selangor yang mendahului carta pasti ingi menjarakkan diri dari saingan terdekat Pahang bagi mencerahkan peluang menjadi juara. Namun Sime Darby bukan pasukan belasahan, mereka mampu melakukan kejutan dan pasti digeruni skuad The Red Giant.

Ramalan : Selangor 2 Sime Darby 0

ATM vs T-Team
Perlawanan antara ATM menentang T-Team berlangsung di Staidum Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8.45 malam. Perlawanan antara ATM dan T-Team pasti hebat. Kedua-dua pasukan yang berada dalam zon bahaya pasti ingin mendapatkan mata maksimum bagi mengelakkan diri dari terjerumus ke Liga Perdana pada musim depan.

Ramalan : ATM 1 T-Team 1

Kelantan vs Perak
Perlawanan antara kelantan menentang Perak berlangsung di Stadium Sultan Muhamamad IV, Kelantan. Kedua-dua pasukan yang mendapat nafas baru pasti ingin meneruskan momentum terbaik.

Ramalan : Kelantan 2 Perak 1

Siaran langsung perlawanan Liga Super 17.5.2014

Siaran langsung antara Terengganu menentang Lions XII akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 pada jam 8.45 malam.

Keputusan Perlawanan Liga Super 17.5.2014

Terengganu vs Lions XII 2-1 (1-1)
11′ Javier Estupinan (TER)
8′ Khairul Amri (LIONS XII)
69′ Zairo (TER)

Selangor vs Sime Darby 1-0 (1-0)
38′ Paulo Rangel (SEL)

ATM vs T-Team (2-1)
3′ Patrich Wanggai (T-Team)
19′ Fabrice Noel (ATM)
31′ Fabrice Noel (ATM)

Kelantan vs Perak 2-1 (1-0)
5′ Shawky Yazid (KEL)
77′ Khairul Izuan Rosli (KEL)
79′ Mohd Norhakim Isa (PER)

Keputusan Perlawanan Liga Perdana 17.5.2014

Johor DT II vs DRB- Hicom (1-1)
28′ Braulio Nobrega (JDT II)

** Tahniah kepada skuad Selangor yang berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super selepas menang tipis 1-0 kepada Sime Darby..

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Liga Super 17 Mei 2014

  1. Good Luck kepada semua pasukan yang akan bertarung pada malam ini… Semoga masing-masing dapat menunjukkan persembahan terbaik di atas padang..

Leave a Reply