LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Super 15 Ogos 2015

Hari ini berlangsung perlawanan ke 20 Liga Super 2015. Kedudukan antara pendahulu Liga antara Pahang dan Johor Darul Takzim cukup hampir dimana hanya 1 mata memisahkan kedua-dua gergasi bolasepak tempatan kini.
JDT yang memungut 43 mata akan menghadapi saingan pasukan Kelantan di Kota Bharu. Pasukan Kelantan yang menjadi tuan rumah pasti ingin melupakan kegagalan perlawanan Rabu lalu dimana mereka tumpas dengan keputusan 3-5 di tangan Pahang.

Pahang yang ketinggalan 1 mata untuk menduduki tangga kedua akan berhadapan dengan Perak di Stadium Ipoh. Masalah pentadbiran skuad Perak dimana jurulatih M Karathu di rehatkan mungkin memberi impak pada prestasi pasukan. Samada ianya positif atau sebaliknya akan diketahui melalui persembahan skuad Seladang ini.
Selain saingan tempat 1-2, pasukan tangga ke 3-7 juga bersaing rapat. Selangor di tangga ke-3 akan bersaing dengan pasukan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Pasukan Felda selaku tuan rumah perlu menumbangkan Terengganu untuk merapatkan kedudukan sekaligus cuba untuk merampas tempat ke3/4.
PDTM akan melayan skuad Sime Darby yang hampir pasti akan turun ke Liga Perdana pada musim hadapan. Pasti skuad PDRM yang berada di tangga ke 5 dengan 31 mata tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan 3 mata penuh bagi mencerahkan peluang merampas kedudukan tempat ketiga carta.

Perlawanan antara ATM menentang Sarawak akan berlangsung di Seremban dimana kedua-dua pasukan bertarung untuk mengelak dari disingkirkan ke Liga Perdana pada musim hadapan. ATM dengan 10 mata manakala Sarawak dengan 15 mata perlu mencari mata penuh bagi mengelak tercicir.

Keputusan Perlawanan Liga Super 15.8.2015

Lions XII vs Selangor (0-1) 1-1

59′ Afiq Azmi (SEL)

87′ Khairul Nizam(LNS)

PDRM vs Sime Darby (1-0)

ATM vs Sarawak (1-0)

4 Abdulafess Abdulasalam (ATM)

Kelantan vs JDT (2-0) 4-1

4′ Gilmar Da Silva (KEL)

13′ Badri Radzhi (KEL)

50′ Mahali (JDT)

51′ Norfarhan(KEL)

82′ Gilmar (KEL)

Perak vs Pahang (0-1) 1-1

31′ Hafiz Kamal (PAH)

79′ Bobby Gonzales(PER)

Felda vs Terengganu (0-0) 1-0

54′ Makeche (FEL)

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Perlawanan Liga Super 15 Ogos 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)