LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Super 14 Mac 2015

Hari ini berlangsung perlawanan ke-5 Liga Super 2015. Terdapat 6 perlawanan yang menemukan 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super 2015.

Perlawanan antara pasukan ATM bertemu Pahang akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini pasti menjanjikan saingan sengit. Pasukan ATM yang masih belum mendapatkan sebarang kemenangan pasti ingin mendapatkan mata penuh bagi mengelakkan terus terjerumus di dasar Liga.

Manakala pasukan pelawat, Pahang yang hanya setangga di atas ATM pasti ingin mendapatkan mata penuh bagi memastikan tidak tinggal terlalu jauh dengan pasukan yang berada diatas. Bagaimanakah kedua-dua pasukan ini akan bermain pada malam ini ? Adakah percaturan Zainal Abidin Hassan atau B Sathianathan yang akan membuahkan hasil?
Ataupun mereka hanya mampu berkongsi mata? Kita saksikan keputusannya malam ini.

Perlawanan antara Sime Darby menentang Johor Darul Ta’zim pasti akan menjadi hangat. Pasukan Sime Darby yang masih belum mengutip sebarang mata pasti tidak ingin terus diaibkan. Pasukan JDT yang cukup gah dengan barisan pemain kebangsaan pasti ingin meneruskan langkah cemerlang bagi mendapat 3 mata penuh.
Mampukah skuad kendalian Ismail Zakaria melakukan kejutan dengan menumbangkan gergasi Selatan yang dibimbing oleh Bojan Hodak ini ?

Perlawanan antara Selangor menentang Sarawak pasti menjanjikan pertarungan yang hebat. Pasukan Selangor yang masih segar dengan kemenangan menumbangkan PDRM tempohari pasti ingin memastikan mata penuh di gelanggang sendiri. Namun skuad Sarawak pasti tidak ingin pulang dengan tangan kosong bertandang ke gelanggang lawan.
Kedua pasukan yang dibimbing jurulatih import iaitu Selangor, Mehmet Durakovic dan Sarawak, Robert Alberts pasti mempunyai perancangan sendiri yang mampu memberikan persaingan menarik.

Perlawanan antara Perak menentang PDRM akan menyaksikan perlawanan yang cukup hebat. Perak selaku tuan rumah pasti akan bermain berhabis-habisan untuk menang manakala PDRM pasti ingin melupakan episod kekalahan di Stadium Shah Alam tempohari.
Kedua-dua pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan dimana Perak dibimbing oleh M. Karathu manakala PDRM dilatih oleh Azman Adnan pasti mempunyai strategi tersendiri untuk menang pada malam ini.

Perlawanan antara Kelantan menentang Felda United pasti menarik. Kedua-dua pasukan hanya dipisahkan oleh 1 mata dan pasti kemenangan kepada mana-mana pasukan akan menjarakkan mata tersebut.
Pasukan Kelantan yang dibimbing oleh George Boateng perlu memanfaatkan perlawanan di gelanggang sendiri manakala Felda yang dibimbing oleh Irfan Bakti pasti tidak mahu gagal dalam misi memburu 3 mata.

Perlawanan antara Lions XII menentang Terengganu akan menyaksikan pertarungan hebat. Aksi di Stadium Jalan Besar pasti menjanjikan saingan pantas dan Lions XII pasti akan menggunakan kelebihan tersebut namun skuad Terengganu tidak mahu tumbang di gelanggang lawan.
Fandi Ahmad yang memimpin pasukan Lions pasti telah bersiap siaga dengan strategi manakala Abdul Rahman Ibrahim pasti mencari jalan untuk menumpaskan pasukan wakil dari Singapura itu.

Keputusan Perlawanan Liga Super 14.3.2015

ATM vs Pahang 0-0 (1-0)

71′ Abdulafees Abdulsalam (ATM)

Sime Darby vs JDT  (1-0 ) 1-1

35′ Mohd Nazrul Kamarulzaman (SIME)

61′ Junior Eldstal (JDT)

Selangor vs Sarawak 1-0 (2-0)

10′ Afiq Azmi (SEL)

77′ Fitri Syazwan (SEL)

Perak vs PDRM  (0-0 ) 1-3

47′ Nurridzuan (PRK)

47′ Dramane Traore (PDR)

55′ Shahurain Abu Samah (PDR)

60′ Dramane Traore (PDR)

Kelantan vs Felda Utd (0-0) 0-1

61′ Bojan Miladonovic (FELDA)

Lions vs Terengganu (0-1) 1-1

9′ Vincent Bikana (TER)

55′ Faris Ramli (LNS)

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan Perlawanan Liga Super 14 Mac 2015

  1. Kawe termiss game ni semua. Ada aktiviti keluarga yang tidak dapat dielakkan.
    Apa-apa pun lemah betul bila dapat tahu JDT draw aje.. Adehh.. cam ne nak luaskan kuasa ni???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)