LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Super 14 Jun 2014

Perlawanan Liga Super memasuki perlawanan yang ke 19. Jika sebelum ini, Selangor mendahului carta namun ia berubah pada hari ini. Kemenangan pasukan JDT ke atas Terengganu dengan keputusan 4-3 manakala kekalahan mengejut skuad Selangor ke atas ATM dengan keputusan 0-2 memberikan ruang perubahan.
Skuad JDT yang mengintai untuk menduduki takhta berjaya memintas Selangor dengan kelebihan 1 mata. Hari ini berlangsung 4 perlawanan Liga Super yang membabitkan 8 pasukan yang mempunyai misi masing-masing. Antaranya ialah :-

Lions XII vs Sarawak
Perlawanan berlangsung di Stadium Jalan Besar pada jam 7.45 malam akan menemukan skuad dari seberang menentang Sarawak. Walaupun untuk mempertahankan kejuaraan Liga terlalu sukar bagi skuad Lions XII namun mereka sudah pasti tidak ingin diaibkan oleh Sarawak di gelanggang sendiri. Skuad Bujang Senang pula pasti ingin mendapatkan mata sekurang-kurangnya 1 mata.
Ramalan : Lions XII vs Sarawak 1-1

Pahang vs Kelantan
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darulmakmur, Kuantan pada jam 8.45 malam. Kedua-dua pasukan dari Pantai Timur pasti ingin mendapatkan mata maksimum untuk mengekalkan kedudukan antara 5 pasukan teratas.
Ramalan : Pahang 2 Kelantan 1

T-Team vs PKNS
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada jam 8.45 malam. Kedua-dua pasukan yang berada dalam zon bahaya pasti tidak mahu mencicirkan mata bagi mengelakkan pasukan mereka terjerumus ke Liga Perdana musim depan.
Ramalan : T-Team 0 PKNS 0

Sime Darby vs Perak
Perlawanan yang berlangsung di pada jam 8.45 malam ini. Pasukan Sime Darby yang menduduki tangga pertengahan cuba untuk menjarakkan diri tetapi Perak yang mempunyai misi kekal di Liga Super pasti ingin mendapatkan mata berharga.
Ramalan : Sime Darby 1 Perak 2

Keputusan Perlawanan Liga Super 14.6.2014

Lions XII vs Sarawak0-0 (0-0)
** Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan

Pahang vs Kelantan 1-0 (0-0)
** Pahang berjaya membenam Kelantan dengan 1 jaringan

T-Team vs PKNS 2-0 (1-0)
** T-Team menumbangkan PKNS sekaligus memberikan tekanan terhadap pasukan di tangga tercorot ini

Sime Darby vs Perak 4-0(1-0)
** Sime Darby meneruskan rentak kecemerlangan menumpaskan Perak

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Liga Super 14 Jun 2014

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

  • RSS
  • Follow by Email
  • Facebook
  • Twitter