LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Super 13 Februari 2016, JDT Juarai Piala Sultan Ahmad Shah

Malam tadi telah berlangsung perlawanan pertama Liga Super 2016. Juara bertahan, JDT menentang Selangor di Stadium Larkin dalam aksi Piala Sumbangsih. Pasukan JDT terikat 1-1 pada masa penuh dengan pasukan Selangor namun berjaya menumpaskan pasukan lawan melalui penentuan sepakan penalti.
Walaupun berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah, kegagalan mendapatkan mata penuh dalam perlawanan pertama mungkin mengecewakan para penyokong. Ini kerana perlawanan Sumbangsih ini juga mengira mata bagi pasukan bertanding untuk dibawa ke dalam Liga Super. Perlawanan pada malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan masih mencari rentak.
Pemain import kedua-dua pasukan telah menunjukkan potensi yang baik namun masih belum cukup untuk menyesuaikan diri dalam kancah Liga Super. Mungkin perlawanan akan datang kita akan melihat lebih sumbangan pemain import serta pemain tempatan bagi kedua-dua pasukan.

Bagi perlawanan pasukan lain pula, pasukan Felda mudah membenamkan Kedah. Adakah pasukan Kedah terkesan dengan kemelut kewangan selepas penaja menarik diri dari pasukan? Bagi Felda pula, dengan penggunaan Stadium baru di Jengka pasti memberikan inspirasi yang baru buat pasukan kelab ini.

Pasukan Pahang pula terikat dengan pasukan jiran, T-Team dengan keputusan 2-2. Nampaknya kedua-dua pasukan mempunyai penjaring yang baik di peringkat awal ini. Pasukan Pahang mungkin tidak merindui dengan jurulatih, Zainal Abidin Hassan yang telah berpindah melatih Selangor.

PDRM pula menang tipis ke atas Sarawak namun ianya adalah 3 mata berharga untuk pasukan ‘The Cops’ ini.

Perak pula terikat dengan pasukan sensasi tahun ini, Pamoga Qu Puteh Kelantan di gelanggang sendiri. Pasti ramai tak sabar menyaksikan aksi Kelantan di gelanggang pink pada minggu hadapan.

Pasukan Terengganu pula berjaya mendapatkan 3 mata berharga di gelanggang sendiri menentang pendatang baru Liga Super, Pulau Pinang.

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 13 Februari 2016

JDT vs Selangor 1-1

Felda vs Kedah 2-0

Pahang vs T-Team 2-2

PDRM vs Sarawak 1-0

Perak vs Kelantan 0-0

Terengganu vs Pulau Pinang 1-0

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)