LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga SUper 12.3.2016

Hari ini berlangsung 3 perlawanan Liga Super 2016 membabitkan 6 pasukan. Pada hari Jumaat (11 Mac 2016), Terengganu berjaya menumbangkan pasukan Selangor di tempat sendiri.
Pastinya kemenangan ini memberikan sinar harapan kepada pasukan Terengganu yang diberi kata dua oleh Kerajaan Negeri atas prestasi terumbang ambing sebelum ini.Pemain import Terengganu dari Kanada, Issy Nakajima menjaringkan gol pertama pada minit terakhir separuh masa pertama.
Pemain Selangor , R.Gopinathan berjaya menyamakan kedudukan melalui cubaan jarak jauh selepas penjaga gol, Sharbinee keluar dari garisan gol.
Pemain import baharu Terengganu, Juan Jose Morales berjaya menjaringkan gol pertama beliau pada minit ke 80. Issey Nakajima memastikan kemenangan melalui jaringan pada minit ke 88.

Perlawanan yang berlangsung pada 12 Mac 2016 pula menyaksikan Felda United menumbangkan Pahang dengan keputusan 2-0. Felda berjaya mendapatkan gol melalui jaringan Forkey Doe pada minit ke 36 melalui sepakan percuma cantik yang menerjah jaring.
Jaringan kedua Felda pula hasil jaringan sendiri oleh pemain Pahang Nejc Potokar.Keputusan ini memberikan peluang kepada pasukan Felda untuk berada di takhta Liga Super manakala pasukan Pahang masih berada di tangga terbawah.

Pasukan Kelantan yang melayan pasukan Pulau Pinang pula selesa dengan keputusan 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan. Pasukan Kelantan mendapatkan gol melalui pemain import, Ilijoski seawal minit ke 4. Pasukan Pulau Pinang cuba mencabar namun Ilijoski sekali lagi menjaringkan gol melalui rembatan cantik.
Badri Radzi berjaya menjaringkan gol pada minit ke 71 hasil hantaran cantik pemain gantian Wan Zack Haikal.Pemain import Pulau Pinang, Osas Saha merapatkan kedudukan dengan jaringan pada minit ke 82 namun agak terlambat untuk mengejar kedudukan.

Pasukan Sarawak pula gagal memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri apabila hanya mampu seri dengan pasukan Kedah.

Keputusan Perlawanan Liga Super 11 & 12 Mac 2016

Felda United vs Pahang 2-0

Kelantan vs Pulau Pinang 3-1

Sarawak vs Kedah

Terengganu vs Selangor

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Liga SUper 12.3.2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)