LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Super 11.4.2015

Perlawanan ketujuh bagi Liga Super 2015. Hari ini berlangsung 6 perlawanan Liga Super membabitkan 12 pasukan. Mungkin ada perubahan posisi pada carta Liga Super terutama bagi pasukan teratas berdasarkan keputusan pada malam ini.

Perlawanan antara pasukan Sarawak menentang Sime Darby di Stadium Negeri, Sarawak jam 8.45 malam pasti berlangsung dengan hebat. Kedua-dua pasukan yang bersaing untuk mengelakkan dari terjerumus ke dasar Liga dengan Sarawak hanya memungut 5 mata manakala Sime Darby hanya mempunyai 1 mata sahaja.
Perlawanan antara ATM menentang Selangor berlangsung di Stadium Abdul Rahman Paroi, pada jam 8.45 malam. ATM pasti tidak mahu terus di bawah Liga dan inginkan 3 mata penuh manakala Selangor inginkan mata penuh bagi meneruskan cabaran untuk menduduki carta Liga Super.

Perlawanan antara Lions XII menentang Johor DT berlangsugn di Stadium Jalan Besar pada jam 7.45 malam. Pertembungan pasukan berjiran ini pasti menjanjikan saingan sengit apatah lagi skuad Lions XII baru sahaja menumpaskan skuad adik, JDT II dalam perlawanan Piala FA baru-baru ini.
Perlawanan antara Kelantan menentang Pahang di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu pada jam 8.45 malam akan menyaksikan saingan hebat antara dua pasukan pantai timur ini.

Perlawanan antara Perak menentang Terengganu berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada jam 8.45 malam. Pasukan Perak yang berada di tangga kedua Liga pasti ingin merampas dari PDRM manakala Terengganu juga berpeluang seandainya mendapat 3 mata penuh di gelanggang lawan.
Perlawanan antara Felda menentang PDRM di Stadium MPSelayang pada jam 8.45 malam pasti sengit. Kedua-dua pasukan kelab yang berjaya menunjukkan sengat di Liga Super mempunyai peluang untuk menduduki carta liga.

Keputusan Perlawanan Liga Super 11.4.2015

Masa Penuh

Lions XII vs JDT (0-0)0-0

Sarawak vs Sime Darby(1-0)2-1

47′ Nyema Patrick Gerhardt (SAR)
57′ Reinaldo (SIME)
71′ Billy Mehmet (SAR)

ATM vs Selangor(1-1) 1-3

8′ Afiq Azmi (SEL)
21′ Karlovic (ATM)
51′ Afiq Azmi (SEL)
71′ Dos Santos (SEL)

Kelantan vs Pahang(0-1)0-2

40′ Damion Stewart(PHG)
55′ Dickson Nwakaeme (PHG)

Perak vs Terengganu (1-0)1-2

21′ Namkung Wong (PRK)
62′ Vincent Bikana (TRG)
73′ Ismail Faruqi (TRG)

Felda vs PDRM (1-2)3-2

25′ Muslim Ahmad (PDRM)
27′ 27′ Ahmad Syamim Yahya (FELDA)
32′ Ashfaq Ali (PDRM)
86′ Makeche Ndumba (FELDA)
90′ + 4′ Edward Wilson (FELDA)

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan Perlawanan Liga Super 11.4.2015

  1. Import JDT yang baru blum serasi nak main atas rumput tiruan.

    Cuma kali ini agak teperanjat gak bila ambil import dari kalangan yg takde nama…mungkin nak cuba experimen ambil import dari kalangan negro plak agaknya… 🙂

    p/s: En titan fans selangor gak rupanya…ingat layan MUTD jek.. 😀 Player kegemaran sape heh..mesti dulu player tanjung karang tue no 17… 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)