LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan Liga Super 10 Jun 2014

Perlawanan Liga Super semakin rancak dimana ia memasuki perlawanan ke 18. 12 pasukan yang bertarung inginkan keputusan terbaik bagi memastikan sasaran yang diimpikan dapat digapai.
Baki perlawanan perlu digunakan sebaik mungkin untuk setiap pasukan mendapatkan semaksimum mungkin mata. Namun pastinya ada pasukan yang akan berputih mata tatkala ada pasukan yang berjaya.
Hari ini berlangsung 6 perlawanan Liga Super membabitkan pasukan berikut :-

Sarawak vs T-Team
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri Kuching pada jam 8.15 pasti menjanjikan perlawanan menarik. Kelebihan pasti pada tuan rumah namun aksi T-Team yang semakin baik pada akhir-akhir ini akan menyebabkan skuad Bujang Senang berhati-hati di gelanggang keramat mereka.
Ramalan : Sarawak 2 T-Team 1

ATM vs Pahang
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8.45 malam ini. Pasukan ATM yang berada di bawah pasti ingin mengelak diaibkan dan turun ke Liga Perdana pada musim hadapan. Namun lawan yang ditentang bukan calang-calang pasukan. Pasukan Juara Piala FA 2014 dan juara Piala Malaysia 2013 pasti ingin mendakap Liga Super dan pasti cuba mengejar kelompok atasan walaupun sedikit sukar.
Ramalan : ATM 1 Pahang 3

Johor DT vs Sime Darby
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada jam 8.45 malam ini. Pasukan JDT pasti ingin mengejar Selangor dan mata penuh ingin dicari manakala Sime Darby pasti tidak mahu pulang dengan tangan kosong.
Ramalan : JDT 1 Sime Darby 0

Kelantan vs Lions XII
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.45 malam ini. Kelantan ingin mencari suntikan moral selepas gagal di peringkat separuh akhir Piala FA tempohari namun lawan ditentang bukan pasukan yang mudah ditumbangkan. Lions XII yang mengalami kesukaran pada tahun ini pasti ingin segera bangkit dari kekecewaan apabila tidak mampu untuk mempertahankan gelaran juara Liga Super pada tahun ini.
Ramalan : Kelantan 2 Lions XII 1

PKNS vs Perak
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Pasukan yang berada di kelompok bawahan ini pasti ingin mengelak tersingkir ke Liga Perdana. PKNS ingin bangkit di gelanggang sendiri namun kebangkitan pasukan Perak pada akhir-akhir ini akan memberi cabaran hebat pada pasukan tuan rumah.
Ramalan : PKNS 1 Perak 2

Terengganu vs Selangor
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada jam 8.45 malam. Pasukan yang sedang dalam memburu takhta Liga Super dimana Terengganu mampu memintas Selangor jika berjaya menumbangkan pasukan The Red Giant itu. Namun Selangor pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menjarakkan diri di carta Liga.
Ramalan : Terengganu 1 Selangor 1

Siaran Langsung Perlawanan Bolasepak Liga Super 10.6.2014

Perlawanan antara Kelantan menentang Lions XII akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801.

Keputusan Perlawanan Liga Super 10.6.2014

Sarawak vs T-Team 2-0 (1-0)
** Sarawak mendapat mata penuh di tempat sendiri

ATM vs Pahang 2-2 (0-1)
** 1 mata yang diperolehi oleh ATM memberi sedikit nafas untuk bertahan di Liga Super

Johor DT vs Sime Darby 3-0 (1-0)
** Kemenangan JDT memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Selangor yang masih bertahan diatas.

Kelantan vs Lions XII 2-1 (1-0)
** Kelantan dapat mengekalkan rentak walaupun cuba disaingi oleh Lions XII

PKNS vs Perak  1-3  (1-2)
7′ MOHD NORHAKIM ISA (PER)
17′ HASSAN DAHER (PER)
** Kedudukan PKNS semakin merbahaya manakala Perak semakin menjarakkan diri ke zon selamat

Terengganu vs Selangor 1-4 (0-1)
45′ Paulo Rangel (SEL)
48′ Hadi Yahya (SEL)
51′ Mustapha Dabo (TER)
89′ S.Veenod (SEL)
90’+1′ S Kunalan (SEL)
*** Agak mengejutkan apabila pasukan Selangor berjaya menumbangkan pasukan Terengganu di tempat lawan dengan jaringan yang agak besar apatah lagi dengan ketiadaan seorang pemain apabila penyerang berbisa, Paul Rangel dibuang padang pada separuh masa pertama. Sekaligus Selangor masih mengekalkan takhta liga.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan perlawanan Liga Super 10 Jun 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)