LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan Liga Singapura 26.8.2012 – Harimau Muda vs Brunei DPMM FC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mungkin ramai yang dah terlupa tentang Liga Singapura atau dikenali sebagai SLeague dimana barisan pemain Harimau Muda beraksi disana. Pada hari ini barisan pemain kendalian Ong Kim Swee telah bertemu dengan pasukan Brunei DPMM.
Keputusan perlawanan berpihak kepada barisan Harimau Muda apabila kedua pemain yang mendapat ujian di Jepun, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam berjaya menjaringkan gol pada minit ke 28 dan 87 bagi memberikan kemenangan 2-1 ke atas pasukan Brunei.
Kemenangan ini juga menyaksikan pasukan Harimau Muda berada di tangga ke lima Liga Singapura, dimana ketinggalan 8 mata dari pendahulu Albirex Niigata (S) dengan kurang 2 perlawanan. Tahniah kepada pasukan muda negara. Cuba lagi untuk meneruskan rentak kecemerlangan sekaligus mampu mencapai angka yang lebih baik lagi.

Carta Liga Singapura

Image Hosting

Wan Zack dan Wan Zaharulnizam, penjaring gol perlawanan ini

Image Hosting

Sekian.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan perlawanan Liga Singapura 26.8.2012 – Harimau Muda vs Brunei DPMM FC

Leave a Reply to Jebeng Otai™ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)