Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Malaysia 21.1.2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perlawanan bolasepak Liga Premier 2013 semakin hangat. Hari ini berlangsung 6 perlawanan dan kesemuanya diadakan pada waktu petang.
Perlawanan antara Sabah menentang Kedah di Stadium Likas pasti hangat memandangkan kedua-dua pasukan negeri ingin membuktikan kehebatan masing-masing dan ingin kembali ke Liga Super pada musim depan.
Perlawanan Johor menentang UiTM yang berlangsung di Stadium MP Pasir Gudang pasti memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Pastinya keputusan Johor Darul Takzim tidak ingin diikuti oleh pasukan negeri ni.
Perlawanan antara pasukan PDRM menentang Pos FC di Stadium Hang Jebat pasti menarik memandangkan pasukan PDRM belum dibolosi lagi.
Perlawanan SPA KL menentang NS Betaria di Stadium UiTM pasti seimbang.
Perlawanan antara Perlis menentang K.Lumpur di Stadium Kangar pasti menjanjikan saingan menarik antara 2 pasukan yang pernah digeruni satu waktu dulu.
Bagi perlawanan Sime Darby menentang Sarawak di Stadium MP Selayang pasti menjadi pertarungan yang hebat.
Tiada siaran langsung diadakan di rangkain tv.

Keputusan perlawanan telah pun diketahui (entri ini ditulis pada waktu petang) dan berikut merupakan keputusannya.

liga perdana 21 jan2013
photo sharing sites

Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Malaysia 21.1.2013

Keputusan Liga Perdana Malaysia 21 Januari 2013

Sabah vs Kedah 0-2 (0-1)
Kedah minit 42 (Khyril Muhymeen)
Kedah minit 80 (Fiqry)

Johor FA vs UiTM 2-0 (1-0)
Johor minit 37 (Khairul Ismail)
Johor minit 90 (Farid Ramli)

PDRM vs Pos FC 1-1 (1-0)
** Rekod tanpa bolos PDRM akhirnya dicalarkan oleh pasukan Pos FC..

SPA vs NS Betaria 2-3 (1-0)

Perlis vs KL 0-1 (0-0)

Sime Darby vs Sarawak 0-0

Sekian

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan Perlawanan Liga Perdana Malaysia 21.1.2013

  1. Pingback: Keputusan Perlawanan Liga Perdana Malaysia 21.1.2013 | Blog ZooL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)