LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan Liga Perdana , Liga Super 29 Mac 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah berehat panjang untuk perlawanan antarabangsa, perlawanan bolasepak Liga Malaysia bersambung kembali. Perlawanan pada hari ini ( 29 Mac 2013) melibatkan 6 perlawanan Liga Perdana dan 2 perlawanan Liga Super.
Bagi perlawanan Liga Perdana, 5 perlawanan diadakan pada waktu petang dan satu perlawanan diadakan sebelah malam. Bagi perlawanan Liga Super pula, satu perlawanan berlangsung petang dan satu perlawanan berlangsung malam.
221785 558526157520625 2006954670 n
photos upload


Perlawanan Liga Perdana sebelah petang membabitkan antara KL menentang UiTM FC, N.S Betaria menentang Pos Malaysia, Sime Darby menentang PDRM, KL SPA menentang Johor dan Perlis menentang Sabah. Perlawanan Liga Perdana sebelah malam pula menemukan antara pasukan tuan rumah, Sarawak menentang skuad hijau kuning, Kedah.
Perlawanan Liga Super sebelah petang pula melibatkan antara Felda menentang Selangor manakala perlawanan di sebelah malam menemukan ATM menentang Kelantan. Siaran langsung bolasepak Liga Super 29 Mac 2013 antara ATM menentang Kelantan akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801. Pasti pertarungan ini dinantikan oleh peminat bolasepak tempatan.
ATM pasti ingin menang untuk terus berada di carta liga manakala Kelantan perlu mengelak kekalahan dari terus berada di tangga terbawah Liga Super.

Keputusan perlawanan Liga Perdana, Liga Super 29.3.2013

Keputusan Penuh Liga Perdana 29.3.2013
KL vs UiTM 0-0 (0-0)
NS Betaria vs Pos Malaysia 1-1 (1-0)
Sime Darby vs PDRM 3-2 (1-1)
KL SPA vs Johor 1-3 (0-0)
Perlis vs Sabah 1-1 (0-1)
Sarawak vs Kedah1-0 (1-0)
Sarawak minit 20 (Bobby Gonzales)

Keputusan Penuh Liga Super 29.3.2013
Felda Utd vs Selangor 1-1 (1-1)

ATM vs Kelantan 2-3 (0-2)
Kelantan minit 28 (Indra Putra)
Kelantan minit 32 (Keita Mandjou)
ATM minit 54 (Marlon)
ATM minit 68 (Marlon)
Kelantan minit 90 (Norfarhan)

** Nampaknya Selangor merampas takhta kedudukan Liga Super hasil kekalahan pasukan ATM ke atas Kelantan. Tapi mungkin akan dipintas oleh pasukan lain esok.

Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.