LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Liga Perdana dan Liga Super 21 Jun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya perlawanan Liga Perdana dan Liga Super kembali bersambung setelah berehat panjang. Hanya berbaki 4 perlawanan bagi Liga Super dan 3 perlawanan Liga Perdana sebelum liga ini dilabuhkan tirai. Pasukan Lions XII dan Sarawak yang mendahului Liga Super dan Liga Perdana pasti akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan sebanyak mata bagi menjadi juara dalam liga masing-masing.
Hari ini terdapat 3 perlawanan Liga Super manakala 6 perlawanan Liga Perdana berlangsung pada hari ini. Perlawanan Liga Perdana melibatkan skuad Sabah menentang PDRM, Sime Darby menentang Kedah, KL SPA menentang UiTM FC, Perak menentang Pos Malaysia, NS Betaria menentang KL dan Johor menentang Sarawak. Bagi perlawanan Liga Super pula perlawanan antara Felda Utd menentang T-Team, Selangor menentang ATM dan Terengganu menentang Kelantan.

Siaran langsung perlawanan Liga Super 21 Jun 2013

Perlawanan siaran langsung antara Selangor menentang ATM akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801.

Keputusan perlawanan Liga Perdana dan Liga Super 21.6.2013

Keputusan Penuh Liga Perdana 21.6.2013

Sabah vs PDRM 5-3
Sabah : 10′,29′,37′,56′,79′ Koh Troare
PDRM : 20′ Adri
PDRM : 40′ Idzwan
PDRM : 60′ Kassim

Sime Darby vs Kedah 2-1
Sime Darby : 12′,74′ Karlo Primorac
Kedah : 65′ Nelson San Martin

KL SPA vs UiTM FC 0-1

Perlis vs Pos Malaysia 1-3

NS Betaria vs KL 3-2

Johor vs Sarawak 1-2 (1-2)

Sarawak : 3′ Muamer Salibasic
Johor : 13′ Harunizam
Sarawak : 45+1′ Bobby Gonzales

Keputusan Penuh Liga Super 21.6.2013

Felda Utd vs T-Team 0-4 (0-2)
T-Team : 6′ Abdul Latiff
T-Team : 36′ George Boateng
T-Team : 50′ Syuhiran
T-Team : 76′ Damir Ibric

Selangor vs ATM 2-1 ( 1-1 )
Selangor : 39′ Amri Yahya
ATM : 45 + 3 Bruno Marteloto (p)
Selangor : 90 +1′ K Gurusamy

Terengganu vs Kelantan 0-4 (0-1)
Kelantan : 13′ Badri Radzi
Kelantan : 46′ Dickson Nwakaeme
Kelantan : 50′ Norfarhan Mohammad
Kelantan : 55′ Faiz Subri

** Nampaknya pasukan Sarawak hampir pasti menjuarai Liga Perdana dengan mengutip mata penuh berharga di Johor. Manakala pasukan ATM pula semakin sukar untuk mengejar Lions XII selepas kekalahan ini ditambah pula dengan ketiadaan Marlon Alex James untuk beberapa perlawanan lagi selepas mendapat kad merah akibat ketidakcerdikan beliau …

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Liga Perdana dan Liga Super 21 Jun 2013

  1. Tahniah untuk pasukan yang menang, walaupun kebanyakan pemain bermain di bawah tahap sebenar. Walaupun menang, tapi kualiti permainan macam budak2 main.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)