post

Keputusan perlawanan Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia vs England

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan terakhir kumpulan B bagi kejohanan Liga Hoki Dunia 2013 yang menyaksikan pasukan Malaysia bertemu pasukan England. Bukan tugas yang mudah memandangkan pasukan england berada di ranking ke 4 dunia manakala skuad Malaysia berada di tangga ke 13. Namun tiada yang mustahil untuk skuad negara mencapai kemenangan seandainya barisan negara fokus dan berdisplin dalam perlawanan malam ini. Ditambah dengan sokongan padu penyokong negara pasti kemenangan di gelanggang sendiri mampu dicapai.
Kemenangan menjamin untuk pasukan negara ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan. Perlawanan Liga Hoki Malaysia 2013 antara Malaysia menentang England akan berlangsung pada jam 7 petang di Stadium Daya, Johor Bahru. Bagi yang berdekatan diharap dapat memberi sokongan. Siaran secara langsung hoki antara Malaysia melawanan England ini akan disiarkan di ASTRO Supersport 801. Selain itu, anda boleh menonton perlawanan hoki Malaysia vs England secara langsung di Youtube

Keputusan perlawanan Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia vs England

Malaysia vs England 2-1 (1-1)
England : 20′ Richard Smith
Malaysia : 28′ Tg Ahmad Tajuddin
England : 58′ Barry Middleton

** Agak malang skuad negara gagal untuk menumpaskan England.. Mampukah Malaysia ke pusingan seterusnya? Kena tengok keputusan perlawanan antara Pakistan dan Afrika Selatan. Sekiranya seri skuad hoki negara masih berpeluang ke peringkat seterusnya dan kalau Pakistan menang kurang dari margin 2 gol, Malaysia masih berpeluang.

*** Malaysia berada dalam keadaan sukar untuk layak ke separuh akhir Liga Hoki Dunia 2013. Malaysia didalam kumpulan B menduduki tempat ketiga dengan 4 mata dengan Pakistan mengisi tempat pertama dengan 5 mata dengan England dengan kelbihan jaringan gol. Suku akhir nanti, Malaysia akan bertemu Jerman, pasukan di ranking 1. Hanya kemenangan mampu mencerahkan peluang mendapat slot ke Hoki Piala Dunia 2014.

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan perlawanan Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia vs England

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.