Keputusan Perlawanan Ketujuh Liga Super (27, 28, 29 April 2018)

Perlawanan Liga Super memasuki perlawanan ketujuh. Setiap pasukan pastinya mempunya perancangan tersendiri untuk berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Terdapat 3 hari perlawanan iaitu Jumaat , Sabtu dan Ahad dimana 2 perlawanan berlangsung pada Jumaat , 3 perlawanan pada Sabtu dan 1 perlawanan berlangsung pada hari Ahad.

Perlawanan pada hari Jumaat menyaksikan pasukan Terengganu selaku tuan rumah terikat dengan pasukan Kedah. Dalam perlawanan tersebut pasukan Terengganu berjaya mendahului hasil jaringan J Partiban dari luar kotak penalti pada minit ke 43.
Skuad Kedah yang ketinggalan tidak berputusa asa dan Baddrol Bakhtiar berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 63. Dalam perlawanan ini juga jurulatih Kedah melakukan strategi mengejutkan apabila tidak menurunkan tiga pemain import pada babak pertama.

Dalam satu lagi aksi, pasukan PKNS hampir tewas di gelanggang sendiri apabila bertemu PKNP. PKNP berjaya mendahului pada minit ke 42 melalui M Safar.

Kredit Gambar : Facebook PKNP

Ketika aksi hampir sampai ke wisel penamat, Muhammad Nuridduan Abu Hassan muncul penyelamat apabial menjaringkan gol penyamaan sekaligus menyelamatkan PKNS dengan keputusan seri dan mendapat satu mata.

Perlawanan pada Sabtu pula menyaksikan pasukan Kelantan menentang JDT, Pahang menentang Melaka dan Selangor menentang Negeri Sembilan.

Perlawanan antara Kelantan menentang JDT menyaksikan pasukan tuan rumah mendahului melalui jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke 12. JDT yang dikejutkan oleh jaringan bekas pemain import itu berjaya menyamakan kedudukan melalui ketua pasukan Safiq Rahim pada minit 37. Pasukan Kelantan yang menggunakan separuh dari pemain tempatan akhirnya bolos selepas Natxo Insa berjaya menanduk masuk bola untuk menjaringkan gol kedua pasukan JDT.

Perlawanan antara Pahang menentang Melaka pula menyaksikan pasukan tuan rumah memungut 3 mata berharga dengan menumpaskan pasukan pelawat. Walaupun pada awalnya, pasukan Melaka United menguasai perlawanan namun pada separuh masa kedua menyaksikan Pahang mula mendapat rentak. Jaringan cantik sepakan gunting oleh pemain import Pahang Patrick Cruz pada minit ke 71 memberikan pendahuluan kepada Pahang. Biarpun cuba mengasak, namun Melaka buntu dan Faisal Halim menghukum dengan gol pada minit terakhir perlawanan.

Perlawanan antara Selangor menentang Negeri Sembilan pula menyaksikan  Selangor mendahului melalui jaringan pemain import Rufino Segovia pada minit 35.  Sean Selvaraj menambah gol kedua pada minit ke 56 . Pemain gantian N Thanabalan, berjaya menjaringkan gol saguhati Negeri Sembilan pada minit ke 64.

 

Keputusan Perlawanan Liga Super 27 April 2018

Terengganu FA vs Kedah 1-1

J Partiban (TRG) minit 43
Baddrol Bakhtiar(KED) minit 63

PKNS vs PKNP 1-1

M Safar (PKNP) minit 42
Nurridduan (PKNS) minit 90 +4

Keputusan Perlawanan Liga Super 28 April 2018

Kelantan vs JDT 1-2

Ghaddar(KEL) minit 12

Safiq Rahim (JDT) minit 37

Natxo Insa (JDT) minit 80

Pahang vs Melaka United 2-0

Patrick Cruz (PAH) minit 71

Faisal Halim (PAH) minit 90 + 2

Selangor vs NS Matrix 2-1

Rufino Segovia (SEL) minit 35

Sean Selvaraj (SEL) minit 56

N Thanabalan (NS) minit 64

Keputusan Perlawanan Liga Super 29 April 2018

Perak vs Kuala Lumpur 3-0

Leandro (PRK) minit 27

Wander Luiz (PRK) minit 65

Gilmar (PRK) minit 73

One thought on “Keputusan Perlawanan Ketujuh Liga Super (27, 28, 29 April 2018)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.