Keputusan perlawanan kelayakan Piala Thomas – Malaysia vs Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
malaysia 1636696c (1)
free image hosting

Nampaknya pasukan badminton Malaysia telahpun layak untuk pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China pada Mei depan. Pada hari ini pasukan Malaysia akan menentang Jepun pada perlawanan separuh akhir. Perlawanan separuh akhir ini tidak menjadi kepentingan utama bagi skuad badminton untuk menang namun peluang akan diberi kepada pemain pelapis untuk membuktikan bahawa mereka layak untuk berada dalam skuad ini.

Berikut merupakan keputusan perlawanan badminton Piala Thomas – Malaysia vs Jepun

Malaysia vs Jepun 0-3

Muhammad Hafiz Hashim vs Sho Sasaki 19-21 16-21 ( 37 minit)
Kim Wah Lim/V Shern Goh vs Noriyasu Hirata/Hirokatsu Hashimoto 11-21 21-11 18-21 (50 minit)
Darren Liew vs Kenichi Tago 28-30 19-21 (59 minit)

Peluang yang diberikan kepada Muhammad Hafiz Hashim masih tidak dapat disempurnakan. Beregu kedua memberi tentangan hebat namun masih belum cukup meyakinkan..
Walaupun perlawanan ini tidak memberi makna besar namun sedikit sebanyak menunjukkan betapa prestasi skuad ini masih bergantung pada Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong. Satu keadaan yang tidak memberangsangkan. Walaubagaimanapun persembahan Darren Liew ada sedikit peningkatan bila memberi cabaran kepada Kenichi Tago.. Tapi harap lepas ni boleh menang la.. Jangan asyik beri cabaran je kan..

Sekian..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :232
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

2 Responses to “Keputusan perlawanan kelayakan Piala Thomas – Malaysia vs Jepun”

  1. tehrNo Gravatar says:

    Nampak seperti sempit je peluang kita di piala thomas nanti

    Reply

  2. titanNo Gravatar says:

    emm..emm..kena buat sesuatu ni. kena buat sesuatu..

    Reply

Leave a Reply