LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2020 dan Piala Asia : Malaysia menentang Thailand

Perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Thailand bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2020 dan Piala Asia. Secara matematiknya, skuad Malaysia mengalami kesukaran untuk layak ke Piala Dunia selepas kekalahan menentang Vietnam dan UAE pada perlawanan sebelum ini. Tetapi peluang belum tertutup untuk sekurang-kurangnya mendapatkan slot kelayakan Piala Asia nanti.

Perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan skuad negara berhadapan pasukan Thailand yang menurunkan pemain terbaik seperti Theerasil Dangda. Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia antara Malaysia menentang Thailand

Keputusan Penuh

Malaysia vs Thailand 2-1

Ulasan Separuh Masa

Pada separuh masa pertama, 10 minit pertama sedikit goyah sehinggakan pemain bertubuh kecil Thailand, Chanathip Songkrasin berjaya menjaringkan gol pada minit ke 7 hasil kesilapan barisan pertahanan yang tidak menutup ruang.

Meskipun perlawanan banyak berlegar di tengah padang, satu kealpaan pasukan Thailand memberikan ruang kepada pemain tengah, Syameer Kutty melakukan hantaran ke tengah yang mudah disambar oleh Brendan Gan untuk menghasilkan gol pada minit 26.

Selepas jaringan itu, skuad Malaysia mula mengandakan asakan namun sukar menembusi pertahanan lawan yang cukup berdisplin. Peluang pada minit terakhir melalui Safawi Rasid tidak menjadi kenyataan apabila percubaan dari sebelah kanan tidak menuju sasaran.

Berdasarkan prestasi di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan agak seimbang dan diharapkan skuad negara mampu mencari idea baharu untuk menembusi benteng Thailand disamping pertahanan negara yang diketuai oleh Aidil perlu lebih memberikan perhatian kepada barisan serangan Thailand.

Ulasan Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua bermula dengan baik apabila skuad Harimau Malaya melakukan serangan bertali arus. Hasilnya satu gerakan cantik antara Syamer Kutty, Brendan Gan dan Sumareh menghasilkan gol pada minit ke 57.

Safawi Rasih juga mendapat peluang melalui sepakan percuma namun tidak berjaya menumpaskan penjaga gol pasukan Thailand.

Pada minit-minit akhit skuad Thailand menggandakan asakan untuk mendapatkan jaringan penyamaan. Barisan pemain negara berjaya bertahan dan melakukan serangan balas serta mengekalkan keputusan sehingga tamat.

Pemain Terbaik pilihan Ligakampung malam ini.
Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)