LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 – Malaysia lwn Palestin

Selepas mencatat keputusan hambar pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste, pasukan Malaysia perlu berbuat sesuatu.
Keputusan seri di gelanggang sendiri tempohari mendapat kritikan pelbagai pihak. Walaupun mempunyai peluang untuk menang namun ketumpulan barisan serangan serta kelalaian pada minit terakhir mengakibatkan skuad bimbingan Dollah Salleh hilang 2 mata berharga. Perlawanan menentang pasukan baru yang tidak mempunyai liga tempatan itu sepatutnya mampu diakhiri dengan kemenangan namun ia telah berlaku.

Pasukan Harimau Malaya mendapat kritikan pedas dari peminat bolasepak tempatan. Sudah pasti perlawanan kedua ini, skuad negara MESTI mencapai kemenangan. Berdasarkan ranking (Palestin 118, Malaysia 162), memang sukar untuk skuad negara menumbangkan Palestin. Walaupun negara Palestin kucar kacir dan dalam keadaan peperangan namun kebanyakan pemain beraksi di liga luar yang lebih kompetitif. Selain itu, fizikal dan semangat pemain mereka lebih tinggi dari skuad negara.

malaysia-vs-palestin
Namun ia bukan alasan untuk menempah kegagalan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jurulatih, Dollah Salleh perlu mencari ramuan terbaik untuk menumbangkan pasukan Palestin. Pemain serangan perlu bijak bertindak dan jangan terlalu bermain secara individu. Dalam perlawanan menentang Timor Leste didapati ada pemain yang terlalu banyak melakukan dribble sehingga terkandas. Ia perlu dielakkan dan pemain negara perlu lebih tersusun terutama di bahagian tengah.
Pasukan Palestin pasti mempunyai kelebihan dari segi fizikal namun skuad negara perlu bijak menggunakan ruang dan kepantasan yang dimiliki oleh beberapa pemain kita. Mungkin pemain seperti Mahali Jazuli boleh digandingkan di bahagian sayap untuk mendapat kekuatan di bahagian serangan. Amri Yahyah boleh bertindak sebagai penyerang tengah manakala Safee Sali boleh direhatkan sementara. Dalam perlawanan tempohari, Joseph Kalang Tie dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat kecederaan.
Diharap beliau tidak mengalami kecederaan serius kerana beliau mampu bertindak sebagai jeneral yang baik.

Mampukah skuad negara membenak pasukan Palestin di gelanggang sendiri? Saksi dan lihat.

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 – Malaysia vs Palestin

Malaysia vs Palestin (0-3) 0-6

8′ Musab Battat (PAL)
21′ Sameh Maraaba (PAL)
40′ Tamer Seyam (PAL)
62′ Khader Abuhammad(PAL)
74′ Sameh Maraaba (PAL)
85′ Tamer Seyam (PAL)

Ulasan Separuh Masa Pertama

** Amat mengecewakan prestasi pasukan negara pada separuh masa pertama. Koordinasi antara pemain pertahanan terlalu teruk. Palestin hanya menggunakan peluang mudah untuk membocori gol pasukan Malaysia yang dikawal oleh Farizal Marlias. Hanya Amri Yahyah yang melakukan percubaan ke atas penjaga gol Palestin.

Ulasan Separuh Masa Kedua

** Kekalahan yang memalukan pasukan Harimau Malaya di gelanggang sendiri. Terlalu banyak bezanya kualiti antara skuad negara dengan pasukan yang pemainnya terpaksa berkelana di negara orang. Sudah pasti angan-angan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 semakin jauh dari gapaian

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 – Malaysia lwn Palestin

  1. Good Luck Malaysia.. Harap kita berjaya melepasi kelayakan ke piala dunia 2018… Teringin nak tengok pemain Malaysia beraksi di Piala Dunia..

    1. @Anuar, rasanya belum masanya lagi.. harap2 budak bawah 13 tahun yang dididik oleh Lim Teong Kim mampu untuk mencapainya.. tunggu lagi 10-15 tahun lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)