LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2011 – Malaysia vs Taiwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2011 peringkat pertama pusingan kedua menemukan Malaysia dan Taiwan berkesudahan dengan kekalahan pasukan kebangsaan dengan keputusan 2 – 3. Walaupun kalah namun pasukan kebangsaan bernasib baik dapat melangkah ke peringkat seterusnya atas kelebihan gol di tempat lawan setelah menang 2-1 ditempat sendiri. Kejayaan ini akan menemukan pasukan Malaysia dengan pasukan jiran, Singapura pada 23 Julai 2011.Dalam perlawanan tersebut gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Aidil Zafuan melalui rembatan kencang ketika sepakan percuma dan gol Safiq Rahim melalui sepakan lencong ketika mengambil sepakan percuma. Berikut merupakan sedikit perkara-perkara yang menarik perhatian ketika perlawanan tersebut :-

1. Kesebelasan utama sedikit berbeza berbanding di Bukit Jalil dengan kemasukan Mahali Juzaili dan Norshahrul Idlan Talaha. Nampaknya Safee Sali, Badrul Bakhtiar tiada dalam perlawanan kedua ni. Mungkin perancangan taktikal ataupun kecederaan. Selain itu, jangkaan peminat bahawa Khairul Fahmi Che Mat yang menjaga gawang menggantikan Sharbinie Alawi tidak menjadi kenyataan. Mungkin Khairul Fahmi masih mengalami kecederaan dan tidak mampu pulih 100%.
2. Selepas menjaringkan gol, pemain agak leka dan berlaku kucar-kacir. Kebanyakan gol Taiwan adalah disebabkan oleh kesilapan pemain pertahanan. Gol pertama Taiwan akibat tampanan kurang kemas penjaga gol dan ‘clearance’ yang dekat kepada pemain Taiwan.
Malahan kedua-dua gol Taiwan berpunca dari sepakan penalti. Kalau dilihat penalti yang diberikan oleh Mahali akibat dari pemain lawan yang dapat melepasi pertahanan hingga memaksa beliau menjatuhkan manakala penalti yang diberi oleh Fadli Sas akibat dari menarik baju. Nasib baik jurulatih cepat mengesan emosi pemain pertahanan ini dan mengeluarkan beliau.
3. Amirul Hadi dikeluarkan pada separuh masa kedua. Saya berpendapat pemain terbaik bagi Malaysia adalah Amirul Hadi. Beliau sering mengucar kacirkan pertahanan lawan dengan larian deras di sebelah tepi. Mungkin Datuk K Rajagopal mengetahui potensi atau stamina beliau yang mulai kendur dengan memasukkan S Chanturu.
4. Pemain penyerang kurang berfungsi terutama di separuh masa kedua. Sememangnya Abdul Hadi Yahya dan Norshahrul Idlan tidak banyak mendapat bola. Abdul Hadi hanya sekali berjaya melakukan cubaan tepat di separuh masa pertama. Di separuh masa kedua tak nampak sumbangan sehingga ditukarkan.
5. Pemain kesukaan saya, Ashaari Shamsudin tidak dimasukkan walaupun sebagai sub. Sebenarnya saya lebih menyukai Ashaari berbanding Fakhri tapi nampaknya jurulatih lebih mengetahui.
6. Pengulas (ASTRO Arena) agak kelam kabut dalam membuat ulasan. Ketika Sharbinie Alawi dah dapat kad kuning beliau (bukan Shaukie Kahar) masih mengharapkan tiada penalti. Membuatkan penonton tertanya-tanya samada penalti atau tidak… Selain itu lepas tamat perlawanan pengulas jemputan tersebut menyatakan akan ada masa tambahan. Memang tercengang seketika lebih-lebih lagi pemain kebangsaan tak bersorak kegembiraan. Mula-mula ingatkan peratutan baru tapi rupanya tak. Akhirnya berjaya juga layak ke pusingan seterusnya..

Okay, cukuplah setakat ini. Semoga pemain Malaysia mampu memperbaiki kelemahan terutama di bahagian tengah..

——-
Tambahan. Video jaringan pemain Malaysia (yang Taiwan korang carilah sendiri ye.)

Gol Aidil Zafuan. Sepakan percuma terus..


Gol Safiq Rahim. Sepakan percuma lencung..

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)