BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » bolasepak » Keputusan perlawanan Kelayakan AFC Bawah 22 Malaysia vs Myanmar (3 Julai 2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Perlawanan penting bagi pasukan bawah 22 tahun Malaysia menentang Myanmar untuk melayakkan diri ke kejohanan AFC B 22 pada tahun 2013. Perlawanan Malaysia menentang Myanmar berlangsung di Stadium Aung San jam 7.45 malam pada waktu Malaysia.
Perlawanan menentang Myanmar bukan mudah kerana pasukan tuan rumah ini mempunyai kelebihan apabila berjaya mengikat pasukan handalan Korea Selatan sebelum ini. Jadi keputusan yang perlu dicari adalah kemenangan sahaja.


image hosting

Pasukan Harimau Muda bimbingan jurulatih Ong Kim Swee perlu mencari formula terbaik untuk memenangi perlawanan ini kerana pasukan Myanmar hanya memerlukan keputusan seri dan pasukan Korea Selatan masih mendahului dari segi jaringan. Ini sekaligus menyukarkan untuk layak ke Piala AFC bawah 22 tahun kerana hanya 2 pasukan teratas kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya.
Walaubagaimanapun dengan semangat ‘Malaysia Boleh’ pasti akan membuahkan kejayaan ditambah dengan prestasi pemain yang semakin meningkat ketika ini.

Jika sebelum ini tiada siaran langsung kerana stadium di Myanmar yang tidak mampu dari segi infrastrukturnya, kali ini ASTRO Arena 801 mampu mengadakan siaran langsung bermula jam 67.45 malam. Baguslah tu, tak payah nak tengok update melalui livescore je. Tak feel rasanya.
Keputusan akan cuba di kemaskini di blog ini (seandainya tiada gangguan teknikal…)
Keputusan perlawanan kelayakan AFC U22 Malaysia vs Myanmar 3.7.2012

Keputusan penuh Malaysia vs Myanmar 1-2 (0-1) HT
[ 7.45 malam ]
Kesebelasan Utama : – Harimau Muda U22 XI : Izham, Fadhli, Fandi, Nazirul, Ashri, Irfan(C) Nazmi, Gary, Wan Zack, Thamil, Rozaimi
Simpanan : Farhan,Saarvindran, Azrif, Azwari, Wan Zaharul, Ilham, Ariff Farhan, Aminuddin, Hazwan, Azizan ..

Myanmar minit 33
Myanmar minit 53
Malaysia minit 90 (Rozaimi)

Separuh Masa Pertama 0-1
Perlawanan pasukan Harimau Muda agak kurang menjadi terutama di bahagian tengah. Gabungan Nazmi Faiz dan Irfan Fazail tidak berapa menjadi dimana penyerang, Rozaimi agak kurang mendapat peluang untuk mencuba. Hanya percubaan dari luar kotak penalti oleh Ashri Chuhu yang tepat ke dakapan penjaga gol Myanmar.
Walaupun pemain pertahanan bermain baik namun konsentrasi terganggu hingga memberikan peluang kepada pemain Myanmar menjaringkan gol melalui rembatan rendah ke hujung gol sehingga menewaskan penjaga gol negara, Izham Tarmizi.

Separuh Masa Pertama 0-2
Ketika pemain Malaysia ingin menyerang, pemain tengah Irfan Fazail hilang fokus dan melakukan hantaran sambil lewa yang dirampas oleh pemain Myanmar sekaligus menghasilkan gol kedua untuk pasukan Myanmar. Serangan yang cuba dilakukan oleh pemain Malaysia tidak menjadi. Akhirnya pada penghujung perlawanan pasukan Malaysia mendapat penalti melalui penjaring terbanyak, Rozaimi Abdul Rahman.

Agak mengecewakan dengan keputusan ini. Tapi nak buat camne, kelebihan pada pasukan tuan rumah yang mempunyai kelebihan bila seri dengan Korea Selatan tempohari. Selain itu, taktikal jurulatih tidak berapa menjadi pada hari ini. Nampak rangkaian tengah agak hambar dan pertahanan tidak kukuh.
Perlu buat ‘post-mortem’ mencari kelemahan pasukan ini.
Sekian

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :1265

3 thoughts on “Keputusan perlawanan Kelayakan AFC Bawah 22 Malaysia vs Myanmar (3 Julai 2012)

  1. [...] (yang diadakan pada jam 10.00 malam separuh masa kedua) di ASTRO Arena 801 bagi memberi laluan siaran langsung perlawanan skuad Malaysia bawah 22 tahun menentang Myanmar. Manakala perlawanan antara Negeri Sembilan menentang Kelantan akan disiarkan secara langsung di [...]

  2. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    aus..mmg x der luck la..

    Reply

  3. [...] bawah 22 tahun Malaysia gagal untuk melangkah ke peringkat akhir Piala Asia 2013. Ini selepas kekalahan kepada pasukan tuan rumah Myanmar bagi merebut tempat kedua untuk layak secara automatik. upload [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge