LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Kelapan Liga Super (1 ,2 Mei 2018)

Perlawanan Kelapan Bagi merebut trofi Liga Super 2018 berlangsung . Walaupun cuti umum hari Pekerja namun para pemain bolasepak liga tempatan perlu meneruskan aksi untuk mengejar impian pasukan.
1 Mei 2018, berlangsung 3 perlawanan membabitkan 6 pasukan dan pada 2 Mei 2018 juga berlangsung 3 perlawanan untuk menentukan kedudukan masing-masing selepas 8 perlawanan.

Perlawanan antara JDT menentang Selangor yang dijadualkan pada  1 Mei 2018 ditangguhkan ke 2 Mei 2018 atas sebab keadaan padang yang tidak sesuai selepas hujan lebat.

Perlawanan antara Kedah menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman menyaksikan perlawanan menarik. Gol seawal minit ke 2 oleh pemain import Kedah, Liridon Krasniqi pada minit ke 2 selepas menyudahkan hantaran dari Badrol Bakhtiar. Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila penyerang berbisa, N Thanabalan menyudahkan peluang akibat kekalutan barisan pertahanan Kedah pada minit ke 4.  Syazwan Zainon menjaringkan gol kedua pasukan Kedah selepas melakukan percubaan di sudu sukar pada minit ke 27. Pada minit ke 30, Sandro mendapatkan jaringan ketiga untuk Kedah selepas menyempurnakan sepakan penalti. Walaupun ketinggalan namun pasukan pelawat tidak berputus asa dan pemain import Leandro menghasilkan gol pada separuh masa kedua di minit ke 48 selepas merampas bola dari Liridon. Negeri Sembilan semakin galak menyerang dan hasilnya penalti disempurnakan oleh Flavio pada minit ke 86.

Perlawanan antara Terengganu menentang Pahang juga aksi sengit dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Penyerang import Pahang Patrick Cruz sekali lagi menemui sentuhan berbisa apabila menjaringkan gol pada minit ke 38, 52. Penyerang import Terengganu, Lee Tuck membalas pada minit ke 72 melalui sepakan penalti. Faisal Halim sekali lagi menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan sekaligus memberikan 3 mata berharga untuk pasukan Pahang.

Perlawanan antara JDT menentang Selangor sepatutnya berlangsung pada hari Selasa namun ditangguhkan ke hari Rabu. Perlawanan ini menyaksikan JDT memungut mata penuh di gelanggang sendiri hasil jaringan bekas pemain Selangor, Hazwan Bakri yang menghasilkan gol pada minit ke 60 serta pemain tengah Nazmi Faiz yang menjaringkan gol pada minit ke 69. Ia menyaksikan JDT terus mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super.

Beraksi di gelanggang sendiri bukan satu kelebihan buat Melaka apabila sekali lagi tumpas di tangan lawan. Kali ini skuad Sang Kancil di tumpaskan oleh pasukan Perak dengan keputusan 1-2. Perak mendahului pada minit 45 melalui sepakan penalti Wander Luiz sebelum penyerang import, Gilmar menambah gol kedua pada minit 56. Walaupun Melaka United cuba merapatkan kedudukan melalui Yahor Zubovi namun jaringan pada minit ke 78 terlalu lewat untuk pasukan tuan rumah bangkit.

Pasukan kelab PKNP pula semakin menunjukkan taring yang berbisa apabila menumpaskan Kelantan. Jaringan oleh Hafiz Ramdan pada minit 26 manakala Ritus Krjauklis pada minit 30 sudah cukup untuk memberikan 3 mata berharga untuk kelab dari Perak itu.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 1 MEI 2018

JDT vs Selangor 2-0

  • Hazwan Bakri (JDT) minit 60
  • Nazmi Faiz(JDT) minit 69

Kedah vs Negeri Sembilan 3-3

  • Liridon Krasniqi (KED) minit 2
  • N Thanabalan (NS) minit 4
  • Syazwan Zainon (KED) minit 27
  • Sandro (KED) minit 30
  • Nicolas Leandro Velez(NS) minit 48
  • Flavio (NS) minit 86

 

Terengganu vs Pahang 1-3

  • Patrick Cruz(PAH) minit 38 ,52
  • Lee Tuck (TRG) minit 72
  • Faisal Halim (PAH) minit 90

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 2 MEI 2018

Kuala Lumpur vs PKNS 2-1

  • Paulo Josue (KL) minit 9
  • Faris Ramli (PKNS) minit 45
  • Guilermo De Paula (KL) minit 45

Melaka United vs Perak 1-2

  • Wander Luiz (PRK) minit 45
  • Gilmar(PRK) minit 56
  • Yahor Zubovic(MU) minit 78

PKNP vs Kelantan 2-0

  • Hafiz Ramdan (PKNP ) minit 26
  • Ritus Krjauklis(PKNP) minit 30
Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)