Keputusan Perlawanan Keenam Liga Super

Agak lama tidak bersiaran mengenai Liga Super 2018. Kali ini team Ligakampung dapat bersiaran untuk berkongsi maklumat mengenai perlawanan Liga Super 2018.
Liga memasuki perlawanan keenam dimana terdapat dua perlawanan berlangsung pada Jumaat (13 April 2018). Perlawanan tersebut membabitkan pasuakn Kedah yang menumpaskan Selangor dengan keputusan 4-0 di Stadium Darul Aman, Kedah.
Dalam perlawanan tersebut, Mohd Syazwan Zainon menjaringkan gol pada minit ke 4 selepas mendapat hantaran cantik oleh bekas pemain Selangor, Andik Vermansyah.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Sandro da Silva berjaya menyudahkan peluang ke penjuru kanan bagi membawa pasukan mendahului dengan keputusan 2-0.
Bersambung babak kedua, Sandro sekali lagi membuktikan kemampuan melalui jaringan pada minit ke 65 sebelum pemain tengah Muhammad Akram Mahinan menjaringkan gol ketiga pada minit akhir perlawanan. Ini merupakan keputusan yang baik terutama untuk jurulatih yang kembali mengalas tugas iaitu Mohd Nidzham Adha,

[ Liga Super – Kedah 4 Selangor 0 – Semuanya Bola ]

Dalam satu lagi aksi semalam, pasukan Melaka United terkulai layu di Stadium Hang Jebat selepas ditumpaskan oleh Terengganu dengan keputusan 0-3. Jaringan pasukan pelawat dihasilkan oleh pemain import Kipre Tcehtche pada minit 27 dan 76 manakala seorang lagi pemain import Terengganu , Lee Tuck mudah menghasilkan gol ketiga pada minit ke 81.

[ Serangan Terengganu Terlalu Kuat Untuk Melaka -Inikan Bola ]

Perlawanan yang berlangsung pada 14 April 2018 melibatkan JDT menentang PKNS dan Negeri Sembilan menentang Kedah.

Perlawanan JDT menyaksikan pasukan tuan rumah di depan melalui pemain import Gonzalo Cabrera pada minit ke 14. Memasuki separuh masa kedua, Cabrera sekali lagi menghasilkan gol pada minit 49 untuk memberikan kelebihan kepada pasukan JDT. Pemain muda negara, Safawi Rasid menambah gol ketiga JDT pada minit 66 selepas mendapat hantaran cantik Cabrera. Satu lagi kemenangan untuk pasukan JDT untuk kekal di teraju liga.

Perlawanan antara Negeri Sembilan menentang Kelantan berlangsung di Stadium Paroi. Negeri Sembilan mendahului seawal minit ke 7 melalui Flavio Beck Junior. Pasukan tuan rumah terpaksa berputih mata selepas pasukan Kelantan berjaya menyamakan kedudukan pada minit terakhir perlawanan melalui Nik Akif sekaligus membawa pulang 1 mata ke Kelantan.

Keputusan Liga Super 13 April 2018

Melaka United vs Terengganu FA 0-3

Kipre Tcehtche minit 27, 76

Lee Tuck minit 81

Kedah vs Selangor 4-0

Syazwan Zainon minit 4

Sandro minit 45, 65

Akram minit 89

 

Keputusan Liga Super 14 April 2018

JDT vs PKNS 3-0

Gonzalo Cabrera minit 14, 49

Safawi Rashid minit 66

 Negeri Sembilan vs Kelantan 1-1

Flavio Beck Junior (NS) minit 7

Nik Akif (KEL) minit 90 +3

Keputusan Liga Super 15 April 2018

Kuala Lumpur vs Pahang 2-2

 

Guilermo De Paula (KL) minit 10

Mamadou Sumareh (PAH) minit 13

Indra Putra Mahayudin (KL) minit 39

Kogileswaran(PAH) minit 60

 

PKNP vs Perak 1-2

Wander Luzi (PRK) minit 18

Nasir Basharudin (PRK) minit 24

Shahrel Fikri (PKNP) minit 81

1 thought on “Keputusan Perlawanan Keenam Liga Super

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.