LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Johor 2012 11/11/2012 – Malaysia vs Jerman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Malam ini menyaksikan perlawanan pertama bagi kejohanan hoki Piala Sultan Johor tahun ke 2. Selepas berjaya mengejutkan pelbagai pihak setelah menjulang kejuaraan sulung, pastinya pasukan remaja Malaysia ingin meneruskan rentak kemenangan pada tahun ini.
Perlawanan pertama menemukan pasukan Malaysia dan juara 5 kali kejohanan hoki junior dunia, Jerman. Pasti ia bukan satu tugas mudah walaupun ia merupakan perlawanan pertama pasukan Jerman dalam kejohanan ini (pasukan Jerman tidak menyertai pada tahun lepas).

Jurulatih negara, Mohd Dharma Raj Abdullah yang diberi kepercayaan untuk mempertahankan piala ini pasti mempunyai tugas yang berat ditambah lagi dengan ketidaan jaguh hoki negara Faizal Saari serta adiknya Fitri Saari yang menyertai skuad senior negara.
Perlawanan malam ini bermula pada jam 8.00 malam di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru pada jam 8.00 malam. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801
Keputusan terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Johor 2012
Malaysia vs Jerman 3-2

Separuh Masa Pertama : 0-2
Jerman minit 18
Jerman minit 22

Separuh Masa Kedua : 3-2
Malaysia minit 32 (Amir Farid Fauzi)
Malaysia (Faeez Ibrahim ) (penalty shoot)
Malaysia minit 68 (Ramadan Rosli)

Tahniah kepada pasukan Malaysia. Permulaan yang baik apabila berjaya menumbangkan salah satu gergasi hoki dunia. Perlawanan yang berkualiti dari pasukan Malaysia. Walaupun ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama namun kebangkitan pada separuh masa kedua membuahkan hasil apabila 3 gol berjaya membolosi gawang Jerman.
Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Johor 2012 11/11/2012 – Malaysia vs Jerman

  1. Pingback: Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Johor 2012 11/11/2012 – Malaysia vs Jerman | Blog ZooL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)