Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 : Malaysia tumpaskan India

Hari ini berlangsung perlawanan ketiga kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2015 dimana pasukan Malaysia menentang pasukan India. Antara seteru utama pasukan hoki kebangsaan di peringkat Asia. Kedua-dua pasukan menginginkan kemenangan selepas tumpas 2 perlawanan terdahulu.
Perlawanan pada hari ini berlangsung lewat akibat masalah cuaca di Ipoh dan bermula pada jam 9.00 malam. Perlawanan hoki antara Malaysia dan India sering berkesudahan tipis. Perlawanan pada malam ini cukup sengit antara kedua-dua pasukan. Pasukan negara berjaya menumbangkan pasukan India dengan keputusan 3-2.

Gol pertama pasukan Malaysia dijaringkan oleh penyerang sensasi, Faizal Saari melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 17. Keputusan itu tidak bertahan lama apabila pakar sudut penalti India merapatkan jurang dengan jaringan pada minit ke 19. Pemain muda negara, Haziq Shamsul berjaya mendapatkan gol kedua negara melalui gol padang hasil usaha keras penyerang negara Firhan Ashaari pada minit ke 35.
Sekali lagi gol melalui pukulan sudut penalti dihasilkan oleh Rupinder Singh pada minit ke 51. Ketika perlawanan hampir ke penghujung, Shahrun Nabil berjaya menyudahkan peluang terhidang pada minit ke 59 untuk memberikan 3 mata kepada skuad hoki negara.

Hockey-India-vs-Malaysia-e1413616127413

Permainan yang cukup baik pada hari ini cuma terdapat beberapa kesilapan hantaran yang memberikan tekanan kepada penjaga gol dan pertahanan. Mungkin pasukan negara perlu memperbaiki mutu permainan untuk perlawanan akan datang.

Tahniah kepada pemain dan jurulatih skuad hoki negara mendapat kemenangan pertama dalam kejohanan kali ini.

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 8.4.2015

Malaysia vs India 3-2

Korea Selatan vs Australia2-5

Canada vs New Zealand 0-5

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 : Malaysia tumpaskan India

Leave a Reply