LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 – Malaysia tumpas di tangan Korea Selatan

Perlawanan keempat bagi kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015. Pertemuan antara pasukan Malaysia menentang skuad Korea Selatan bagi menghidupkan peluang untuk ke perlawanan akhir. Hanya pasukan yang membawa 3 mata penuh berpeluang mengiringi Australia pada perlawanan akhir nanti.
Nasib tidak menyebelahi skuad negara pada perlawanan kali ini. Skuad negara tumbang di tangan skuad Korea Selatan dengan keputusan 2-3. Walaupun memberikan tentangan namun kesilapan pada awal perlawanan membawa padah.

Pasukan Korea Selatan mendahului seawal minit ke 3 melalui Lee Jungjun selepas membias hantaran kencang rakannya dari luar kotak D. Pasukan Korea Selatan terus menekan pasukan Malaysia dan seterusnya mendapat gol kedua melalui Lee Nam Yong pada minit ke 29. Faizal Saari menjaringkan gol pada minit ke 31 melalui pukulan sudut penalti.
tengku-ahmad-goal-vs-korea-selatan-pra-olimpik-london
Ketua pasukan, Razie Rahim menyamakan kedudukan pada minit ke 34 untuk menyamakan kedudukan. Kelebihan tidak bertahan lama apabila Korea Selatan menjaringkan gol oleh Kim Youngjin pada minit ke 35.

Pasukan negara cuba menyerang namun kekebalan benteng pertahanan Korea Selatan mengagalkan harapan skuad negara untuk sekurang-kurangnya mendapat 1 mata.

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 9.4.2015

Korea vs Malaysia 3-2

India vs Canada5-3

Australia vs New Zealand 3-1

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 – Malaysia tumpas di tangan Korea Selatan

  1. Hoho! Bawak faizal shaari pon nampaknya tidak mampu mengubah nasib skuad malaysian tigers…

    Apakah nasib tan beng hai? KPI KHM adalah final dan JUARA kejohanan kali ini.

    Harap bawa masuk pakar taktikal luar laa mcm paul revington tue…

Leave a Reply to si bongkok Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)