Home » sukan » Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 – Malaysia vs India

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Perlawanan ketiga bagi pasukan hoki Malaysia dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 bersambung kembali. Dalam 2 perlawanan sebelum ini pasukan hoki Malaysia mencatatkan keputusan seri ke atas Korea dan Great Britain namun untuk perlawanan kali ini pastinya kemenangan yang dicari.
Perlawanan menentang India bukanlah mudah kerana pasukan tersebut memang merupakan pasukan yang kuat di Asia Tenggara namun ianya tidak mustahil dilakukan. Ini dibuktikan dalam perlawanan ketika Sukan Asia yang lalu dimana pasukan hoki negara berjaya mencipta kejutan sekaligus ke akhir untuk mendapat pingat perak Sukan Asia.
Bagi sesiapa yang berada di Ipoh pasti boleh menyaksikan siaran secara langsung di Stadium Hoki Azlan Shah pada jam 8.00 malam ini (28 Mei 2012). Bagi yang tak berkesempatan boleh menyaksikan siaran secara langsung di ASTRO Arena 801.
Mungkin ada yang tak berkesempatan untuk menyaksikan dan ingin mengetahui keputusannya. Si ZOol akan cuba sedaya upaya untuk memberikan keputusan terkini perlawanan hoki Piala SUltan Azlan Shah 2012 antara Malaysia menentang India.


Gambar Hiasan, tiada kaitan dengan perlawanan ini..

Keputusan hoki Piala Sultan Azlan Shah 28.5.2012

Malaysia vs India 2-3 (0-2)
India – danish mustaja india minit 10
India – shivendra singh gol minit 12
Malaysia – Amin Rahim minit 39
India -Tushar Khandker minit 44
Malaysia – Fitri Saari minit 58

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Keputusan akhir nampaknya tidak memihak kepada pasukan hoki negara. Mungkin kegagalan menyempurnakan peluang sudut penalti perlu diambil perhatian oleh jurulatih disambil peluang yang disia-siakan oleh penyerang. Apapun tahniah kerana memberikan persembahan yang baik..

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :1381

4 thoughts on “Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 – Malaysia vs India

  1. Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 – Malaysia vs India | Blog Zool Ligakampung. says:

    [...] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; [...]

  2. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    xperla..leh cuba ag..

    Reply

  3. Masaalah biasa Malaysia.. bila diberikan harapan, adehhh.. merosot permainan :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    permainan dah ok tapi kena perbaiki kat penalty corner yang telah disia-siakan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge