LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 16 Mac 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini berlangsung perlawanan untuk penentuan bagi menentukan pasukan yang akan ke akhir bagi kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013. Perlawanan antara Korea menentang Pakistan berkesudahan dengan kedua-dua gergasi Asia ini terikat dengan keputusan 2-2. Perlawanan kedua pula menemukan gergasi hoki dunia yang kini menghuni tempat kedua iaitu Australia menentang jiran, New Zealand. Perlawanan yang telah tamat beberapa ketika menyaksikan pasukan Australia mengalahkan New Zealand dengan keputusan 3-2. Keputusan ini sekaligus mengesahkan peluang Malaysia untuk bertemu dengan pasukan Australia diperlawanan akhir pada esok hari walau apa keputusan perlawanan antara Malaysia dan India.
Walaubagaimanapun pasukan Malaysia perlu bermain berhabis-habisan menentang India dan jangan menganggap ianya sekadar pelengkap sebelum pertemuan esok. Mereka perlu juga mempamerkan aksi terbaik untuk mendapatkan suntikan moral pada perlawanan akhir esok.
Seperti biasa, perlawanan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801

Berikut merupakan keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 16.3.2013

hoki piala sultan azlan shah
upload pic

Keputusan hoki Piala Sultan Azlan Shah 16.3.2013

Korea vs Pakistan 2-2
Australia vs New Zealand 3-2

Malaysia vs India 2-2(1-1)
Malaysia minit 6 (Faizal Saari)
India minit 20 (Mandeep Singh)
India minit 48 (Rupinder Pal Singh)
Malaysia minit 68 (Faizal Saari)
** Nampaknya seri lagi. Ada sedikit kontroversi tentang pemberian penalty stroke kepada pasukan Malaysia. Apapun keputusan ‘umpire’ adalah muktamad. Semoga perlawanan akhir menentang Australia nanti pasukan negara mampu melakar kejutan.

Sekian

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 16 Mac 2013

  1. Pingback: Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 16 Mac 2013 | Blog ZooL
  2. Tahniah kepada skuad hoki Malaysia… 😀

    Mmg agak kontroversi penalty stroke tu sbb nampak cam bola kena kayu hoki pemain India tu jer. Ulang tayang pun tak nampak jelas sgt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)