LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 10 Mac 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas perlawanan pembukaan pada hari semalam, hari ini (10.3.2013) berlangsungnya perlawanan kedua untuk kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013.
Perlawanan hari ini menemukan pasukan gergasi hoki, Australia bertemu pasukan handalan Asia, Pakistan, pasukan Korea Selatan menentang India dan pasukan hoki kebangsaan menentang New Zealand.
Pastinya perlawanan antara pasukan Malaysia menentang New Zealand dinantikan oleh peminat hoki tempatan. Kemenangan ke atas New Zealand memungkinkan pasukan hoki negara mengelak dari berada di tangga terbawah. Ini pastinya diharapkan oleh jurulatih hoki negara, Paul Revington berdasarkan persembahan baik ketika bertemu Korea Selatan pada perlawanan sebelum ini. Sekali lagi sandaran kepada gabungan pemain senior dan junior amat diharapkan dapat meneruskan sinar dalam kejohanan kali ini.

Perlawanan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801 dimana perlawanan Australia berlangsung pada jam 4.00 petang, perlawanan Korea Selatan menentang India jam 6.00 petang manakala perlawanan Malaysia melawan New Zealand dilangsungkan pada jam 8.00 malam.
549188 549179248455316 373732891 n
Berikut merupakan keputusan hoki Piala Sultan Azlan Shah 10 Mac 2013

Keputusan penuh hoki Piala Sultan Azlan Shah 10.3.2013

Australia vs Pakistan 6-0 (4-0)

Korea Selatan vs India 2-1 (1-0)

Malaysia vs New Zealand 2-1 (0-0)
Malaysia minit 40 (Chua Boon Huat)
Malaysia minit 44 (Tg Ahmad Tajuddin)
New Zealand minit 65 (Shay Neal)

Tahniah kepada pasukan hoki negara yang berjaya menumbangkan pasukan New Zealand. Nampaknya kemungkinan besar pasukan ini berjaya menebus kekecewaan tahun lalu. Apapun diharap terus konsisten dan mampu mencatat sejarah tersendiri. Nampaknya kemasukan semula Chua Boon Huat dalam skuad kebangsaan memberi impak positif .

Sekian

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 10 Mac 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)