LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan hoki Piala Dunia 2014 – Malaysia tumpas kepada India

Harapan dan sasaran pasukan hoki Malaysia dalam kejohanan hoki Piala Dunia 2014 di Belanda terkubur apabila sekali lagi tumpas. Setelah tumpas pada 3 perlawanan terdahulu menentang Australia, Belgium dan England, skuad hoki negara cuba untuk menumbangkan India namun impian tidak tercapai.
piala-dunia-2014-hoki
Kekalahan dengan keputusan 2-3 menentang pasukan lawan dari Asia ini mengagalkan harapan jurulatih K Dharmaraj untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 2 kemenangan pada peringkat kumpulan. Perlawanan pada hari ini agak seimbang cuma terdapat kelalaian di barisan pertahanan yang memberi peluang kepada skuad India mendapatkan gol.
Gol pasukan India dijaringkan oleh Jasjit Singh pada minit 14 sebelum disamakan oleh pakar sudut penalti Razie Rahim pada minit ke 46. Namun pasukan India mendahului kembali pada minit ke 49 menerusi Akashdeep Singh yang menambah lagi gol pada minit ke 51 untuk menjadikan keputusan 3-1. Pasukan hoki negara tidak berputus asa dan merapatkan jaringan pada minit ke 61 oleh Marhan Jalil.
Percubaan skuad hoki negara untuk mendapatkan gol pada minit terakhir tidak berjaya dan pasukan India berjaya mengekalkan kedudukan dengan keputusan 3-2 hingga permainan tamat.

Walaupun tumpas, namun skuad negara telah berusaha bersungguh-sungguh. Mungkin tekanan untuk mendapatkan kemenangan menyebabkan kesukaran untuk bermain seperti biasa. Selain itu, yang menarik perhatian saya pada perlawanan ini adalah apabila skuad hoki negara memakai jersi hitam. Agak pelik je kan.

Selepas ini pasukan Malaysia akan menentang Sepanyol pada hari Isnin nanti. Diharap mendapat mata penuh agar tidak berada di tangga terakhir kumpulan.

Gol-gol perlawanan Malaysia vs India

Gol Pertama India – Jasjit Singh


Gol Pertama Malaysia – Razie Rahim


Gol kedua Malaysia – Marhan Jalil

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan hoki Piala Dunia 2014 – Malaysia tumpas kepada India

  1. Tewas kesemua perlawanan setakat ni. Walaupun tewas, kita ttp melawan lagipun semuanya top 10 team.

    Teruskan perjuangan skuad hoki malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)