LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan Hoki Piala Asia 30 Ogos 2013 – Malaysia vs India

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan antara hoki Piala Asia 2013 memasuki peringkat separuh akhir lagi. Hanya selangkah sahaja lagi sebelum skuad negara mampu ke perlawanan akhir Piala Asia 2013. Pasukan hoki negara bimbingan Paul Revington bertemu dengan skuad hoki India.
Pastinya ia satu perlawanan yang sukar memandangkan pasukan hoki India menjadi juara kumpulan B dan menumpaskan juara bertahan Korea Selatan. Namun tiada yang mustahil dan pastinya skuad hoki negara ingin mencapai kemenangan di tempat sendiri.
Hoki Piala Asia 2013 - Malaysia vs Pakistan

Mampukah skuad hoki negara mencipta kejayaan untuk ke akhir menentang pasukan Korea Selatan? Untuk makluman, Korea Selatan berjaya ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Pakistan dalam perlawanan separuh akhir pertama dengan keputusan 2-1.

Keputusan perlawanan separuh akhir hoki Piala Asia 30.8.2013 Malaysia vs India

Keputusan Penuh
Malaysia vs India0-2 (0-1)
India minit 8: Raghunath
India minit 60 : Oyee Mandep

** Agak malang apabila pasukan Malaysia tumbang kepada India di perlawanan separuh akhir Piala Asia 2013. Nampaknya hajat untuk menghadiahkan Piala Asia kepada mendiang Chua Boon Huat tidak tercapai jua..

Jadi pada hari Ahad ini skuad hoki negara hanya mampu mencuba untuk mendapat tempat ke3 sekali lagi.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)