post

Keputusan perlawanan Hoki Piala Asia 24 Ogos 2013

Kejohanan hoki Piala Asia 2013 bermula pada hari ini. Pasukan hoki negara yang dikendalikan oleh jurulatih Paul Revington akan memulakan saingan bermula pada hari ini. Perlawanan pertama akan menemukan pasukan Malaysia menentang Taiwan. Perlawanan hoki antara Malaysia menentang Taiwan ini akan berlangsung di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh pada jam 8.00 malam. Tiada bayaran tiket dikenakan untuk menyaksikan perlawanan ini. Jadi, bagi yang berdekatan dengan stadium singgahlah untuk menyaksikan perlawanan ini.
Bagi yang tidak dapat ke stadium, perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di ASTRO Supersport 3, 816. Pastinya skuad hoki negara ingin menjadikan kejohanan ini sebagai hadiah untuk lagenda hoki negara, mendiang Chua Boon Huat. Walaupun skuad hoki negara hampir layak ke Piala Dunia 2014 namun kalau berjaya menjuarai kejohanan ini pastinya kelayakan mereka lebih membanggakan .
Hoki Piala Asia 2013
Atas kertas, skuad hoki negara pasti tidak mempunyai banyak masalah untuk menumpaskan Taiwan yang bukanlah kuasa besar dalam sukan hoki dunia namun mereka mesti sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah. Sebarang kejutan pasti akan memalukan skuad hoki negara yang menghuni tempat ke 13 ranking dunia manakala Taiwan berada di ranking 50 dunia. Jadi kemenangan besar diperlukan untuk memberikan keyakinan kepada pasukan negara.

Keputusan perlawanan hoki Piala Asia 24.8.2013


Keputusan Semasa
Malaysia vs Taiwan (Chinese Taipei) 10-2
Taiwan minit 5
Malaysia minit 11 : Faizal Saari
Malaysia minit 13 : Faizal Saari
Malaysia minit 18 : Firhan Ashaari
Malaysia minit 22: Razie Rahim
Malaysia minit 32 : Marhan Jalil
Malaysia minit 36 : Izwan
Malaysia minit 46 : Nabil
Taiwan minit 47 :
Malaysia minit 62 : Fitri Saari
Malaysia minit 67 : Firhan Ashaari
Malaysia minit 69 : Faizal Saari

** Tahniah kepada skuad hoki negara yang berjaya menang dengan bergaya..

Jadual Hoki Piala Asia 2013

Kumpulan A: Pakistan, Malaysia, Japan, Chinese-Taipei
Kumpulan B: South Korea, India, Bangladesh, Oman

24 Ogos 2013
Perlawanan #1 - India vs Oman
Perlawanan #2 - Pakistan vs Japan
Perlawanan #3 - Malaysia vs Chinese-Taipei

25 Ogos 2013
Perlawanan #4 - South Korea vs Bangladesh
Perlawanan #5 - Japan vs Chinese-Taipei
Perlawanan #6 - Pakistan vs Malaysia

26 Ogos 2013
Perlawanan #7 - Bangladesh vs Oman
Perlawanan #8 - India vs South Korea

27 Ogos 2013
Perlawanan #9 - Pakistan vs Chinese-Taipei
Perlawanan #10 - Japan vs Malaysia

28 Ogos 2013
Perlawanan #11 South Korea vs Oman
Perlawanan # 12 India vs Bangladesh

30 Ogos 2013
Perlawanan #13 - Tempat 5-8 - Tempat ke 3 Kumpulan A vs Tempat ke 4 Kumpulan B
Perlawanan #14 - Tempat 5-8 - Tempat ke 3 Kumpulan B vs Tempat ke 4 Kumpulan A
Perlawanan #15 - Separuh Akhir -Tempat pertama Kumpulan A vs Tempat Kedua Kumpulan B
Perlawanan #16 - Separuh Akhir - Tempat pertama kumpulan B vs Tempat kedua Kumpulan A

31 Ogos 2013
Perlawanan #17 - Tempat 7-8 - Kalah Perlawanan #13 vs Kalah Perlawanan #14
Perlawanan #18 - Tempat 5-6 - Pemenang Perlawanan #13 vs Pemenang Perlawanan #14

1 September 2013
Perlawanan #19 - Tempat 3-4 - Kalah Perlawanan #15 vs Kalah Perlawanan #16
Perlawanan #20 - Akhir - Pemenang Perlawanan #15 vs Pemenang Perlawanan #16

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan perlawanan Hoki Piala Asia 24 Ogos 2013

  1. Pingback: Keputusan perlawanan Hoki Piala Asia 2013 – Malaysia lwn Pakistan | Blog ZooL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.