LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan Hoki Piala Asia 2013 – Malaysia lwn Pakistan

Perlawanan hoki Piala Asia memasuki hari kedua. Perlawanan yang berlangsung di Sultan Azlan Shah ini akan menyaksikan skuad hoki negara mengalas tugas untuk menentang musuh tradisi, Pakistan. Perlawanan ini pastinya menjadi tugas berat memandangkan skuad Pakistan merupakan kuasa besar dalam hoki negara dan menduduki ranking ke 8 dunia manakala Malaysia berada di ranking ke 13.

| RANKING HOKI TERKINI |

Pasti kemenangan dicari bagi mencari 3 mata penuh. Walaupun sukar namun tidak mustahil dengan barisan pemain yang ada. Pasukan negara berjaya membelasah pasukan Taipei dengan keputusan 10-2 pada perlawanan lalu manakala pasukan Pakistan membenam skuad Jepun dengan keputusan 7-0. Kedua-dua pasukan berada dalam keadaan yang baik dan perlawanan pada hari ini pasti ingin dimenangi oleh kedua-dua pasukan bagi menduduki tangga teratas carta kumpulan A.
Kemenangan pasti memberi laluan mudah untuk ke perlawanan separuh akhir nanti manakala kekalahan mungkin memberi kesan buruk kepada skuad negara. Ini kerana skuad Jepun pasti ingin memberikan sepenuh tenaga melawan skuad kendalian Paul Revington pada 27 Ogos nanti.

Perlawanan hoki Piala Asia 2013 antara Malaysia menentang Pakistan akan berlangsung pada jam 8.00 malam ini. Bagi yang tidak dapat menyaksikan siaran di stadium hoki, terdapat siaran langsung di kaca tv.

Hoki Piala Asia 2013 - Malaysia vs Pakistan

Siaran langsung hoki Piala Asia 25 Ogos 2013 – Malaysia vs Pakistan

Perlawanan hoki Piala Asia 25.8.2013 antara Malaysia melawan Pakistan akan disiarkan oleh ASTRO Arena 801 ; ASTRO Supersport 3 816 dan ASTRO Supersport 3 HD 834.

Keputusan perlawanan hoki Piala Asia 25.8.2013

Keputusan Penuh

Malaysia vs Pakistan1-4 (1-1)
Malaysia minit 27 : Razie Rahim
Pakistan minit 33 :Mohd Zubair
Pakistan minit 46 : Muhammad Dilbe
Pakistan minit 60 :
Pakistan minit : Shafqat

** Agak malang pasukan hoki negara tumpas di tangan Pakistan dengan keputusan yang kurang memberangsangkan. Nampaknya skuad negara perlu menumbangkan Jepun pada perlawanan seterusnya untuk melayakkan diri ke separuh akhir nanti.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan perlawanan Hoki Piala Asia 2013 – Malaysia lwn Pakistan

  1. Kredit patut diberikan kepada pasukan Pakistan yang nampak lebih bersemangat dan berdisiplin sepanjang kejohanan kali ini. Mungkin kerana mereka bermain bagi menjaga maruah negara kerana jika gagal menjuarai Piala Asia, mereka akan buat kali pertama gagal ke Piala Dunia.

    Malaysia perlu perkemaskan bahagian pertahanan. Adakala, pemain2 agak over doing dan tidak melepaskan bola dengan segera. S.Kumar pun tidak bermain dgn cemerlang di gawang gol seperti selalu. My 5 cents.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)