post

Keputusan perlawanan Hoki Piala Asia 1 September 2013

Pasukan hoki negara tidak berjaya menjuarai kejohanan Piala Asia 2013 yang diadakan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Namun perlawanan terakhir menentang Pakistan perlu dihadapi bagi memastikan skuad negara mencapai keputusan terbaik.
Pasukan hoki Malaysia perlu menumpaskan Pakistan untuk mendapat tempat ketiga sekaligus membalas dendam kekalahan 1-4 diperingkat kumpulan tempohari.

Paul Revington
Sedih je muka Paul Revington selepas pasukan negara tak berjaya ke akhir..

Hanya kemenangan mampu menceriakan skuad hoki negara yang tidak mencapai sasaran untuk menjuarai kejohanan Piala Asia 2013 ditempat sendiri. Semoga pemain bimbingan Paul Revington melupakan kekalahan di peringkat separuh akhir pada India dan cuba untuk memenangi perlawanan ini.
Perlawanan berlangsung pada jam 5.45 petang di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh. Selain dari perlawanan menentukan tempat ke3/4 perlawanan akhir menentukan juara Piala Asia 2013 antara pasukan India dan Korea Selatan akan berlangsung selepas itu. Mungkin dalam pukul 8.00 malam nanti.

Siaran langsung perlawanan hoki Piala Asia 1.9.2013

Malaysia lwn Pakistan ASTRO Arena 802 : 5.45 petang
Korea Selatan lwn India ASTRO Arena 802 : 8.00 malam

Keputusan perlawanan hoki Piala Asia 1.9.2013

Keputusan Penuh

Malaysia vs Pakistan 1-3 (1-1)
Malaysia minit : Faizal Saari
Pakistan minit :
Pakistan minit : Imran
Pakistan minit :
** Agak malang skuad hoki negara tumpas di tangan pasukan Pakistan selepas memberikan tentangan hebat. Cuma tertanya-tanya kenapa set piece ketika pukulan sudut penalti diberikan kepada skuad hoki negara. Ini setelah banyak pukulan terus sudut penalti yang diambil oleh Razie Rahim dan Faizal Saari tidak menemui sasaran. Rasanya jurulatih, Paul Revington perlu ambil perhatian terhadap set piece sebagai alternatif untuk menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti.

Korea vs India 4-3 (2-0)
Korea Selatan minit 28 : Jang Jong Hyun
Korea Selatan minit 29 : You Hyo shik
India minit 48 : Rupinder
India minit 55 : Nikin Thimmaiah
Korea Selatan minit 57 : Nam Hyun Woo
India minit 66 : Mandeep Singh
Korea minit 67 : Kang Moon Kweon

** Korea menang Piala Asia 2013 sekaligus pasukan Malaysia layak ke Piala Dunia 2014 atas pasukan simpanan.

Sekian..

p/s :- Bila skuad hoki negara menduduki tidak berjaya ke akhir, berita hoki pun malap je.. Nampak sangat kita ni minat hoki bila team Malaysia hebat je kan…

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan perlawanan Hoki Piala Asia 1 September 2013

  1. Malaysia nie defending lemah sangat. Senang senang je nak bolos. And satu lagi, concentration, selalu sangat hilang concentration.

    • memang nampak kelemahan ketara kat bahagian pertahanan.. sering bolos dan beri banyak penalti corner..
      selain tu, penalti corner pun sering tak jadi.. bila tak jadi diorang tak nak buat set piece plak..
      nampak cam masing2 takde idea..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.