Keputusan Perlawanan bolasepak Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014

Piala Malaysia

Hari ini berlangsung perlawanan bolasepak suku akhir kedua Piala Malaysia 2014. Terdapat 2 perlawanan berlangsung pada hari ini bagi mencari 2 pasukan yang akan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2014.
Perlawanan antara Kedah menentang Kelantan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah pada jam 8.45 malam ini amat penting bagi tuan rumah. Misi memburu gelaran juara Piala Malaysia 2014 agak sukar bagi pasukan tuan rumah apatah lagi selepas ketinggalan dengan aggregat 1-3 namun ia bukan satu tugas mustahil.
Dengan sokongan dari peminat pasukan Kedah pasti pasukan Kenari mempunyai sedikit peluang untuk menang dengan aggregat lebih tinggi.

Perlawanan yang lain adalah antara Felda United menentang Selangor yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada jam 8.45 malam. Kelebihan berpihak pada pasukan Felda yang mengejutkan pasukan Selangor apabila membawa aggregat 4-0 di tempat sendiri. Hanya keajaiban menumpaskan Felda dengan jaringan 5-0 sahaja mampu memberikan skuad Selangor peluang dalam mencari misi 33.

Keputusan Perlawanan Bolasepak Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014

Kedah vs Kelantan 3-0 [ Agg : 4-3]
42′ Hanif Mat Dzahir (KED)
51′ Badroll Bakhtiar (KED)
88′ Syafiq Ahmad(KED)
** Kedah berjaya ke separuh akhir selepas berjaya menang dengan aggregat dengan keputusan 4-3

Felda Utd vs Selangor 3-3 [Agg : 7-3]
30′ Paul Rangel (SEL)
48′ Edward Junior Wilson (FELDA)
52′ Andik Vermansah (SEL)
62′ Paul Rangel (SEL)
69′ Edward Junior Wilson (FELDA)
83′ Indra Putra (FELDA)
** Permainan yang menarik dan Felda berjaya ke separuh akhir selepas menang dengan aggregat 7-3

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Keputusan Perlawanan bolasepak Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014

Leave a Reply