LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan bolasepak Sukan SEA 2015 – Malaysia vs Vietnam

Pasukan bolasepak skuad bawah 23 tahun negara menghadapi cabaran getir. Selepas hanya mampu menang tipis ke atas pasukan Timor Leste, skuad Datuk Ong Kim Swee perlu menghadapi lawan yang lebih kuat.
Skuad Vietnam yang juga merupakan pencabar utama skuad Harimau Muda pastinya perlu mendapatkan keputusan menang. Ini kerana jika tumpas ataupun seri pastinya tekanan akan dirasakan tatkala pertemuan dengan pasukan pilihan, Thailand nanti.

mas-vs-vietnam

Pasukan Malaysia yang telah mengalami kegagalan pada 2 tahun lalu pasti tidak mahu tumpas pada malam ini. Ketiadaan Nazmi Faiz akibat digantung pastinya dirasai oleh rakan-rakan sepasukan namun penggantinya perlu membuktikan kewibaan masing-masing. Diharapkan supaya Nazirul Naim dapat bermain dalam kesebelasan utama pada hari ini memandangkan bakat beliau amat dirasai.
Pasukan Vietnam adalah pasukan yang lebih hebat dari Timor Leste dan diharapkan agar pemain penyerang mampu melaksanakan tugas untuk menjaringkan gol dan pemain tengah serta pertahanan perlu mengawal perlawanan. Elakkan memberi peluang kepada pasukan Vietnam yang mempunyai barisan pemain yang cukup pantas dan tajam di depan pintu gol.

Perlawanan antara Malaysia menentang Vietnam berlangsung pada jam 8.30 malam di Stadium Binshan, Singapura. Perlawanan akan disiarkan di TV9 dan Astro Arena 801.

Keputusan Perlawanan bolasepak Sukan SEA 2015 – Malaysia vs Vietnam

Kesebelasan Utama Malaysia :- Farhan (PG), M. Davies ,Adam Nor, Amer, Fandi (C) ,Saarvindran, Saiful , Gary, Amirul  Hisyam ,Nurri ,Syafiq Ahmad

Malaysia vs Vietnam  ( 0-2 ) 1-5

14′  Mac Hong Quan (VIET)

45′ + 2′ Nguyen Cong Phuong  (VIET)

46′ Vo Huy Toan (VIET)

53′ Cong Phuong (VIET)

77′ Syahrul Azwari (MAS)

78′ Nguyen Van Toan (VIET)

** Keputusan yang menyukarkan lagi peluang pasukan bimbingan Ong Kim Swee untuk melangkah ke peringkat seterusnya.. Mampukah skuad Harimau Malaya bangkit untuk perlawanan menentang Thailand nanti?

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan bolasepak Sukan SEA 2015 – Malaysia vs Vietnam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)