Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2015 – Malaysia vs Timor Leste

Kejohanan Sukan SEA 2015 di Singapura bermula dengan perlawanan bolasepak. Pastinya bolasepak merupakan permainan yang amat dinantikan bagi penyokong sukan negara.
Pingat emas bolasepak dianggap ibu segala emas bagi kejohanan Sukan SEA. Hari ini pasukan B-23 tahun kendalian Datuk Ong Kim Swee memulakan perlawanan dengan menentang pasukan Timor Leste.

mas vs tls

Pasukan bolasepak negara akan menentang pasukan Timor Leste pada jam 8.30 malam di Stadium Bishan, Singapura. Berada dalam kumpulan B yang juga dihuni pasukan Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste, pastinya perlawanan malam ini perlukan kemenangan.
Malahan, jumlah jaringan juga perlu besar bagi mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya.Walaupun atas kertas, skuad negara dijangka tidak mengalami masalah menumbangkan pasukan Timor Leste namun ia tidak boleh dianggap mudah.
Kemenangan besar 2 saingan kuat iaitu Thailand yang menumbangkan Laos 6-0 dan Vietnam membelasah Brunei juga dengan 6-0 pasti memberi tekanan kepada skuad Harimau Muda untuk menang dengan angka yang besar. Tetapi pemain yang diketuai oleh Fandi Othman perlu berwaspada agar tidak dikejutkan oleh pasukan lawan.
Mereka perlu bermain bersungguh-sungguh dan mendapatkan suntikan moral bagi menghadapi perlawanan seterusnya. Walaupun ada isu mengenai kes pemain Timor Leste disiasat mengatur perlawanan namun pemain negara perlu memberi fokus terhadap kemampuan sendiri.
Mampukah skuad negara menang besar ke atas Timor Leste ? Saksikan di kaca tv anda

Keputusan Perlawanan bolasepak Sukan SEA 2015 – Malaysia vs Timor Leste

Malaysia vs Timor Leste (1-0) 1-0 

11′ D Saarvindran (MAS)

Nazmi Faiz mendapat kad merah pada minit ke 32 dan dibuang padang.

Permainan pasukan Malaysia agak tumpul terutama pada separuh masa kedua. Ketiadaan Nazmi Faiz dan penyerang berbisa menyukarkan pasukan Harimau Muda untuk menambah jaringan. Diharap ada pembaikan dari jurulatih bagi menghadapi pasukan lain yang lebih handal terutama Vietnam dan Thailand.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2015 – Malaysia vs Timor Leste

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)