LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan bolasepak separuh akhir pertama Piala Malaysia 2012 – Kelantan vs Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Uploaded with ImageShack.us
Selepas keputusan perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Malaysia antara Lions XII menentang ATM pada hari semalam berkesudahan dengan keputusan seri, hari ini perlawanan antara 2 kuasa besar bolasepak negara iaitu Kelantan menentang Selangor akan bermula. Pasukan yang memiliki ramai penyokong fanatik pasti inginkan pasukan masing-masing menang pada perlawanan pada malam ini bagi memberikan keselesaan sebelum pertemuan kedua di Shah Alam selepas ini.
Pertembungan kedua-dua pasukan ini pasti menjanjikan perlawanan yang cukup hebat berdasarkan pertemuan ketika di Liga Super tempohari. Walaupun rekod di tempat sendiri memihak kepada pasukan Kelantan namun ia belum menentukan bahawa kejayaan berpihak pada pasukan kendalian Bojan Hodak ini. Pasti anak buah Irfan Bakti akan bermain berhabisan untuk mencalar reputasi Kelantan. Namun ia bukan satu tugas mudah kerana pemain Kelantan pasti ingin bangkit selepas mendapat kritikan dari penyokong ketika pertemuan menentang pasukan Felda United pada perlawanan suku akhir lalu.
Perlawanan separuh akhir Kelantan menentang Selangor bagi pusingan pertama ini akan berlangsung di Stadium Sultan Mohamamad IV, Kota Bharu, Kelantan pada jam 8.45 malam yang akan disiarkan secara langsung serentak di RTM 1 dan ASTRO Arena 801.
Kepada para penyokong Kelantan dan Selangor, datanglah ke stadium memberi sokongan.
Seperti biasa, keputusan akan dikemaskini di blog ini..

Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak separuh akhir Piala Malaysia – Kelantan vs Selangor

Keputusan Penuh
Kelantan vs Selangor 1-0 (0-0)
Kelantan minit 61 (Norfarhan)

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Sekian.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak separuh akhir pertama Piala Malaysia 2012 – Kelantan vs Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)