Keputusan perlawanan bolasepak separuh akhir kedua Piala AFF 2012 – Malaysia vs Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pasukan bolasepak negara hanya selangkah je lagi sebelum melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF 2012 untuk bertemu pasukan Singapura. Pastinya peluang ini tidak akan dipersia-siakan oleh barisan pemain Harimau Malaya untuk membalas dendam kekalahan ketika perlawanan awal menentang Singapura tempohari. Namun cabaran menentang pasukan Thailand bukan sesuatu yang mudah. Selepas hanya mampu seri 1-1 di tempat sendiri, skuad kendalian K Rajagobal menghadapi cabaran suasana untuk mengadakan latihan yang tidak menyenangkan di Thailand. Walaubagaimanapun itu bukan halangan besar bagi mereka untuk memenangi perlawanan ini sekaligus mempertahankan kejuaraan AFF.
bolasepak thailand vs malaysia
picture sharing

Dengan keyakinan pemain yang cukup berkobar-kobar pasti memberi kekuatan terhadap barisan skuad bolasepak negara. Tiada perkara yang mustahil kerana mereka pernah berhadapan situasi yang lebih teruk ketika di Indonesia 2 tahun yang lalu. Diharap keyakinan tinggi itu dapat diterjemahkan dalam persembahan pada malam ini.

Perlawanan bolasepak separuh akhir kedua Piala AFF ini akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok Thailand pada pukul 7.008.00 malam. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di rangkaian RTM 1 dan ASTRO 812.

Seperti biasa, perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Thailand vs Malaysia 2-0 (0-0)
[Kesebelasan Utama]
Harimau Malaya XI: Farizal, Mahali, Aidil, Fadhli, Bunyamin, Kunalan, Safiq (C), Amar, Baddrol, Azamuddin, Norshahrul Idlan.

Subs – K.Fahmi, Faizal, Zubir, Safee, Azmi, Fakri, Khyril, Gary, Hazwan.
[ Separuh Masa Pertama ] 0-0
Perlawanan dikuasai oleh pasukan Thailand. Nampak bahagian tengah pasukan Harimau Malaya agak sukar untuk merencanakan serangan. Barisan serangan Thailand pula lebih tersusun dengan serangan di bahagian tengah. Misi bertambah sukar bila pemain pertahanan Fadli Shah mendapat kad kuning kedua seterusnya mendapat kad merah. Agak kecewa dengan Fadhli Sas yang melayan provokasi pemain Thailand sehingga menyebabkan pasukan Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain.

[Separuh Masa Kedua]2-0
Thailand minit 60 (Teerasil)
Thailand minit 65 (Theeratorn)

Keputusan akhir berpihak kepada pasukan Thailand yang berjaya menumpaskan Malaysia dengan jaringan 2-0. Pastinya kad merah Fadhli Sas menjadi bualan dan punca. Secara peribadi, saya merasakan formasi yang dikemukakan oleh K Rajagobal juga tidak menjadi dimana menjadikan NorShahrul Idlan Talaha sebagai penyerang tunggal memang amat menyukarkan untuk mendapatkan gol.
Memang kecewa namun keputusan telah tercatat dan kejuaraan telah terlepas.

Sekian

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak separuh akhir kedua Piala AFF 2012 – Malaysia vs Thailand

  1. Pingback: Ulasan kegagalan pasukan bolasepak mempertahankan kejuaraan AFF | Blog ZooL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.