Keputusan perlawanan bolasepak Piala Sultan Ahmad Shah 2014

pahang-vs-lionsxii
Hari ini kejohanan bolasepak Liga Malaysia 2014 dimulakan dengan persaingan aksi Sumbangsih bagi merebut trofi Sultan Ahmad Shah. Perlawanan pembukaan kejohanan bolasepak tempatan dimulakan dengan pertarungan antara Juara Piala Malaysia 2013, Pahang menentang Juara Liga Super 2013, Lions XII.
Perlawanan pada malam ini berlangsung di Stadium Darulmakmur pada malam ini bermula jam 8.45 malam. Pastinya kedua-dua pasukan akan cuba merebut piala pembuka tirai Liga Malaysia pada tahun ini. Trofi pertama ini akan menjadi semangat bagi pasukan yang menang bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Kelebihan berpihak kepada pasukan Pahang yang mendapat sokongan padu dari para penyokong tempatan namun pasukan Lions XII sudah pasti ingin melakar kejutan. Dengan bimbingan bekas jurulatih JDT, Fandi Ahmad pasti mempunyai ramuan untuk menundukkan pasukan yang dilatih oleh jurulatih berpengalaman Ronald Smith.
Perlawanan pembukaan tirai antara Pahang vs Lions akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801.

Keputusan perlawanan bolasepak Piala Sultan Ahmad Shah 2014 – Pahang vs Lions XII

Keputusan Penuh
Pahang vs Lions XII 1-0 (0-0)
Pahang minit 57 : Matias Conti

*** Tahniah kepada Pahang yang menang tipis 1-0 ke atas pasukan Lions XII. Ini juga menandakan yang pasukan Pahang menduduki tangga teratas carta Liga Malaysia untuk seketika setelah mendapat 3 mata.

Sekian

p/s :- Nampaknya Liga Malaysia dah bermula, bolehlah kembali mengaktifkan blog ligakampung.com dengan keyword Liga tempatan ni..

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak Piala Sultan Ahmad Shah 2014

Leave a Reply